Dengan
tamatnya Ijtima’ Tahunan Tariqah Ghazaliyyah kali ke-3 petang Sabtu nanti, maka
pengijazahan dan bai’ah Tariqah Ghazaliyyah secara rasmi akan dihentikan/ditutup
buat sementara dan akan dibuka semula pada ijtima’ tahun hadapan (kecuali jika
ada majlis tertentu yang tidak dijangkakan, kerana pertemuan Tariqah
Ghazaliyyah hanya setahun sekali sahaja).
Hal ini bersesuaian dengan aturan
Tariqah Ghazaliyyah yang tidak bermatlamat untuk membanyakkan ahli dan memperbesarkan
jumlah pengikut. Ilmu-ilmu tariqah ini akan terus dipanjangkan secara umum kepada
seluruh umat, sebagaimana sebelum-sebelum ini terutamanya melalui majlis-majlis
pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
No comments:
Post a Comment