Pengajian utama (terperinci) kitab Ihya’ ‘Ulumuddin diadakan
di dua tempat di Sg Nyior, Trong, Perak, iaitu kuliah maghrib :
i)
di Surau An-Nur (yang sedang mensyarahkan Kitab
Bahaya Lidah), biasanya selama 1 jam.
ii)
di Taman Pinggiran Indah (yang sedang
membicarakan Kitab Latihan Qalbu dan Kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar) biasanya
selama 1 jam 20 minit.
Kini kedua-dua pengajian ini disatukan dan dibuat
sekaligus sebagai pengajian perdana kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin iaitu pada
setiap pagi Ahad minggu kedua di Surau An-Nur, dalam masa lebih kurang 2 jam
lebih. Kita akan cuba membentangkan
ketiga-tiga kitab tersebut pada setiap kali pengajian.
Pengajian sampingan kitab Ihya’ (ringkasannya) masih
diteruskan di Masjid PGA Ipoh (Kitab Cinta Allah), di Surau Sg Kerang (Kitab
Cinta Allah) dan di Surau Sg Baru (Kitab Aqidah – Qawaid al-‘Aqaid).
Berikut adalah jangkaan program pengajian perdana pada
sepanjang tahun ini :
i)
14/4 – Daurah Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal
karya Imam Al-Ghazali (lebih kurang 3 setengah jam)
ii)
9/6 – Pengajian Perdana Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
(dua jam lebih)
iii)
14/7 – Pengajian Perdana Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
(dua jam lebih)
iv)
8/9 – Daurah … (belum ditetapkan kitab Imam
Al-Ghazali yang mana satu)
v)
13/10 – Pengajian Perdana Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
(dua jam lebih)
vi)
10/11 – Daurah Kitab Adab Hidup dan Akhlak Nabi karya
Imam Al-Ghazali (sempena Maulidurrasul – sekitar 3 jam)
vii)
8/12 – Daurah Kitab Misykat al-Anwar karya Imam Al-Ghazali
(4 ke 5 jam)
Sekadar rancangan.
No comments:
Post a Comment