Alhamdulillah.
Syukur. Permulaan yang baik pada awal Ramadhan bagi sebahagian orang.
Sempena
Ramadhan ini, tentera India yang berkekuatan 500,000 orang di wilayah bergolak
Kashmir menghentikan operasi ketenteraan mereka.
Di Mesir
pula, Presiden Abdul Fattah as-Sisi mengampunkan dan membebaskan lebih 330
orang yang terlibat dalam demonstrasi beberapa tahun lalu.
Sementara
itu di negara kita, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Muhammad V iaitu Sultan
Kelantan telah memberi pengampunan dan kelepasan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Namun
bagi penduduk Palestin, menjelang Ramadhan lagi mereka telah dibasahi darah dan
air mata oleh kekejaman tentera Zionis. Lebih 60 orang telah terkorban sekitar
demonstrasi membantah pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis. Ketegangan masih berterusan.
Semoga
dunia lebih sejahtera hendaknya.
Abu
Zulfiqar
16
Mei2018
No comments:
Post a Comment