Masih berlegar cerita kononnya saya berhenti berkuliah di
sebuah surau adalah kerana masalah wang. Setelah lebih setahun, saya tidak menulis
sebarang kenyataan pun tentang hal ini tetapi nampaknya masih juga menjadi
perbualan orang. Selalu ada orang datang bertanya dan pertanyaan mereka pun biasanya
berkait dengan wang/bayaran/saguhati.
Oleh itu, setelah lebih setahun, terpaksalah jugalah
nampaknya saya jelaskan di sini bahawa kejadian yang berlaku tidak berkaitan dengan
duit sama sekali. Berikut perinciannya :
1.
Saya mengajar di surau itu lebih kurang selama
10 TAHUN (2007-2017). Memang sudah lama.
2.
Berkuliah Maghrib di situ seminggu sekali, biasanya
dapat 3-5 KALI SEBULAN kecuali jika ada urusan. Bulan Ramadhan, cuti.
3.
Seingat saya, tidak ada guru lain yang datang
berkuliah di surau tersebut dalam tempoh itu. Maksudnya, 26 malam lagi memang
kosong sepanjang bulan. Saya hanya berkuliah 4 malam sahaja sebulan.
4.
Secara PERCUMA SEPENUHNYA. Jadi, memang tidak
timbul isu duit. Jika saya mengajar di masjid/surau lain pada 4 malam dalam sebulan
itu, insya-Allah boleh dapat bayaran antara RM200 ke RM300. Jika jauh sedikit,
lebih lagi bayarannya.
5.
Hampir 300 KALI BERKULIAH sepanjang tempoh itu.
Semua percuma.
6.
Untuk meningkatkan kehadiran, hampir setiap kali
lepas kuliah saya adakan JAMUAN, kecuali jika sesekali ada pihak lain yang
beritahu untuk buat jamuan.
7.
Setiap kali kuliah, disertakan NOTA UNTUK SETIAP
HADIRIN. Biasanya 8 mukasurat. Percuma.
8.
Banner, poster, meja kuliah, alas meja…… saya
yang sediakan.
9.
Sepanjang 10 tahun itu, pernah diberi juga wang
sebanyak RM250 walaupun saya usaha menolak. Kali pertama pada kali ke-18
kuliah, sebanyak RM100. Kemudian selepas 200 kali kuliah, pernah 3 kali dihulur
juga RM50 walaupun saya berusaha menolak. (RM50 x 3 = RM150). Maka jumlah
keseluruhannya sepanjang 10 tahun itu ialah RM250 sahaja.
10.
Jika hendak dipuratakan, mungkin tidak sampai
RM1 pun setiap kali kuliah. Tetapi memang tidak pernah saya pandang hal itu kerana
memang saya sendiri suka menyampaikan agama secara percuma sahaja.
*Dan pernah dihadiahkan sehelai
kain pelekat pada musim pilihanraya 2013.
Jadi, dengan penjelasan ringkas ini diharapkan agar isu
duit tidak lagi dikaitkan. Jika suatu hari nanti saya dilorongkan Allah untuk mengajar
semula di surau tersebut, tetap percuma sebagaimana biasa juga. Insya-Allah
nota dan jamuannya juga sebagaimana biasa.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
Mei 2018
No comments:
Post a Comment