Seorang hamba Allah menulis kepada saya : “Assalamualaikum ustaz.
Apa khabar? Saya ada satu persoalan… betul ke kita tak boleh sama sekali
mengatakan kufur atau fasik kepada seseorang? Harapkan jawapan. Tq”
JAWAPAN RINGKAS :
Wlksm Puan xxxxx xxxxxxx . Alhamdulilah. Syukur.
Benarkah kita TIDAK BOLEH LANGSUNG (100% TIDAK DIBENARKAN) mengatakan
seseorang dengan kufur atau fasik?
Jawapan ringkas saya ini hanya akan ditumpukan pada persoalan
“boleh atau tidak” sahaja, sebagaimana yang ditanya.
Mula-mula ada baiknya kita memetik tulisan Hujjatul islam Imam
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Bahaya Lidah. Imam
Al-Ghazali mengambil satu hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim : “Tidaklah seseorang menuduh seseorang
dengan kufur dan tidak menuduhnya dengan fasiq melainkan (yang dituduhkan itu)
kembali kepadanya SEKIRANYA TEMANNYA ITU TIDAK SEDEMIKIAN (maksudnya jika orang
yang dituduh itu memang tidak kafir atau fasiq).”
Kita lihat pula syarahan Imam Al-Ghazali tentang hadis ini : “Tidak
boleh dituduh seorang muslim dengan fasiq atau kufur SEKIRANYA TANPA PEMBUKTIAN
YANG MEYAKINKAN.”
Berdasarkan maklumat-maklumat ini, fahamlah kita bahaya tidaklah
benar jika mahu disimpulkan yang kita sama sekali/langsung/100% tidak boleh
mengatakan seseorang itu sebagai kufur atau fasiq.
Yang tidak boleh dikata begitu hanyalah sekiranya TIDAK ADA
PEMBUKTIAN YANG MEYAKINKAN. Sekiranya ADA BUKTI-BUKTI YANG MEYAKINKAN, maka hal
itu adalah benar dan dakwaan itu atau dosa dakwaan itu tidaklah kembali kepada
si pendakwa.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
23 Mei 2018
No comments:
Post a Comment