Bagi para pelajar dan pengamal tasawuf, sepanjang tempoh PRU14 ini
merupakan antara masa terbaik untuk mendapat pengalaman tentang sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat
hati qalbu yang keji di sisi Allah). Sifat-sifat mazmumah mendapat "like" paling banyak sepanjang tempoh tersebut. Orang ramai memang sangat banyak terkena,
adakah DIRI KITA juga turut terkena? Bagaimana untuk tahu sama ada terkena atau
tidak? Sepanjang tempoh itu, adakah kita turut terlibat dengan orang-orang dan pihak-pihak yang kaya dengan sifat-sifat mazmumah itu? Na'uzhubillah.
Penyimpan Rahsia Nabi iaitu Huzaifah Al-Yamani ra selalu bertanya kepada Rasulullah
saw tentang sifat-sifat mazmumah itu agar dia dapat menyelamatkan diri daripada
terkena sifat-sifat mazmumah.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali pula ada menghuraikan dengan
panjang lebar tentang sifat-sifat mazmumah ini dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin.
Daripada 40 kitab dalam kitab Ihya’
‘Ulumuddin itu, 8 daripadanya menghuraikan tentang
sifat-sifat mazmumah sahaja.
Kebanyakan manusia tidak sedar bahawa diri mereka terkena
sifat-sifat mazmumah dan menyangkakan mereka terselamat dan terlepas
daripadanya. Mengapa?
1.
Kerana tidak tahu apa itu sifat-sifat mazmumah.
Untuk mengenal sifat-sifat mazmumah itu, lagi jauhlah.
2.
Kerana tidak tahu apakah tanda-tanda diri sendiri
atau orang lain yang sudah terkena sifat-sifat mazmumah itu.
3.
Kerana tidak tahu apakah langkah-langkah untuk
mengelak daripada terkena sifat-sifat mazmumah itu.
4.
Kerana tidak tahu bagaimanakah cara untuk
merawat dan memulihkan diri apabila sudah terkena sifat-sifat mazmumah itu.
Carilah ilmu dan amal tentangnya agar DIRI KITA SENDIRI tidak terkena sifat-sifat mazmumah dan agar kita tidak terlibat dengan orang-orang yang bersifat/menyebar/menjangkitkan sifat-sifat mazmumah.
Abu Zulfiqar
12 Mei 2018
No comments:
Post a Comment