Ramadhan bulan ibadah?
Benar.
Ramadhan bulan perjuangan?
Benarkah?
Dengan cuaca dan muka alam yang mencabar, dengan
perjalanan yang memakan masa lama, dengan kenderaan yang jauh ketinggalan
berbanding zaman ini, sejarah membuktikan :
1.
Rasulullah dan para sahabat beramal Ramadhan
pada tahun 2 Hijriyah dengan Perang Badar. Dengan segala urusan persiapan
sebelum dan urusan pengemasan selepas perang tidak sepantas hari ini, bayangkan
penat lelah mereka.
2.
Rasulullah dan para sahabat berjuang untuk
Perang Tabuk. Bermula dari bulan Rejab, ke Syaaban dan sampai pulang hanya pada
26 Ramadhan. Siang berperang, malam berkawal. Perlawanan perisikan sentiasa
berlaku sepanjang tempoh itu. Inilah antara pengisian Ramadhan mereka.
3.
Pembukaan Kota Makkah pada 10 Ramadhan. Bayangkan
perjalanan para pejuang Islam dari Madinah menuju ke Makkah. Siang dan malam bergerak
berjuang menuju perjuangan. Bayangkan bagaimana para perisik mereka bergerak ke
sana ke mari siang dan malam.
4.
Parang Ain Jalut, buat pertama kalinya tentera Monggol
kalah secara besar-besaran. Berlaku pada 15 Ramadhan. Bayangkan perjalanan
tentera Islam dari Mesir ke Palestin, lalu berperang, lalu pulang. Bayangkan
siang dan malam mereka. Alangkah hebatnya amal Ramadhan mereka.
5.
Tariq bin Ziyad dan tenteranya menyeberang ke
Sepanyol. Semua kapal tentera Islam kemudiannya dibakar agar semangat mereka
untuk berjuang memuncak. Berbulan-bulan lamanya bertempur di medan, bertempur
perang safar dan bertempur perisikan siang dan malam termausklah bulan
Ramadhan, sebelum mencapai kemenangan. Alangkah hebatnya penghayatan Ramadhan
mereka.
6.
Khalid al-Walid bermusafir jauh untuk menghancurkan
berhala Al-‘Uzza.
Dan banyak peristiwa lagi.
Sesungguhnya Ramadhan bulan
ibadah dan bulan perjuangan.
Abu Zulfiqar
13 Mei 2018
No comments:
Post a Comment