Segala masalah yang wujud dalam dunia ini selain daripada
hal-hal alami (gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, puting beliung,
ribut badai dan seumpamanya), semuanya berlaku kerana ada sekurang-kurangnya
satu pihak dalam hal itu yang tidak mahu mengikut aturan-aturan agama.
Masalah suami isteri, ibu bapa vs anak-anak. peperangan,
perompakan, penipuan, rasuah, buli, pecah amanah, fitnah, kezaliman, penindasan
dan lain-lain sejak zaman dahulu kala sehingalah sekarang, semuanya berlaku
kerana mesti ada pihak berkaitan yang tidak mahu mengikut aturan agama.
Sekiranya semua pihak berkaitan mengikut aturan-aturan
agama, tidak akan ada apa-apa masalah yang wujud.
Maksudnya di sini, cantik urusan agama, insya-Allah akan
cantiklah urusan2 yang lain.
Tetapi jika urusan agama tidak cantik, hal2 lain
selama-lamanyalah akan bermasalah seperti itu itu juga.
Hendak membetulkan kawah dan isi kawah, mestilah
dibetulkan tungkunya (keagamaannya) terlebih dahulu. Jika asyik hendak
membetulkan kawah dan isi kawah sedangkan tungkunya tidak dibetulkan, ringkas
cakap, selama-lamanya kawah dan isi kawah tidak akan dapat dibetulkan.
Kejayaan manusia dan jin di dunia dan di akhirat, adalah dalam
agama. Hal-hal lain, hanyalah pengikut-pengikutnya.
Abu Zulfiqar
7 Mei 2018
No comments:
Post a Comment