Bergerak ke lokasi Ijtima' Tarekat Ghazaliyyah 2018
Sesi teh tarik bersama sebahagian ikhwan dari Pahang. Mantapkan ukhuwah.
Makan tengah hari. Menyelerakan nampaknya.
Sebelum majlis bermula, sebahagian ikhwan sempat melawat Masjid Lama Taiping. Masih digunakan sehingga ke hari ini sejak 1893. Rekabentuk yang unik. Dibina oleh keluarga Ngah Ibrahim.
Kebetulan di tepi bangunan Masjid Lama Taiping ada pusara pejuang kemerdekaan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Dato' Meor Rahman mahaguru Silat Seni Gayong.
Ikhwan lain ada yang bawa keluaraga ke Kuala Gula, cari kari sembilang dan ketam lembut.
Tempat bela ketam.
Sebahagian lagi bermain jet kertas dan buih.
Lokasi ijtima' yang mendamaikan.
Tempat bbq. Di belakang sana salah sebuah tempat penginapannya.
Ada anak sungai.
Itik angsa putih pun ijtimak juga. Mereka memang tinggal di sini.
Ada jambatan gantung. Pakar muallij kita sedang mencuba.
Kawasan yang bagus dan kemudahan pun baik. Kelihatan salah seorang muslimat sedang mengangkut barang.
Minum petang sambil menunggu ketibaan ikhwah yang lain.
Tuan Syed dari Jerantut.
Tuan Badri dari Seri Iskandar. Tuan Rudy dari Bangi.
Pakar nasi daging n air asam sedang bergelut lincah di dapur. Sangat sedap. Setakat nak masak untuk 500 orang, insya-Allah bisa diatur.
Teringin juga berkenang-kenangan di ceruk-ceruk tempat masak.
Solat fardhu Maghrib berjemaah.
Makan malam.
Sebahagian makan berjemaah di meja, sebahagian lagi berjemaah di sana sini. Nasi daging n air asam terbaik.
Anak-anak kecil menumpang suasana gembira. Muslimat menikmati juadah di sebalik tabir dan ada yang di bilik masing-masing.
Menanti solat dan ucaptama.
Gurau-gurau tasawuf.
Katanya : "Mai dari Kokdiang."
Ucaptama & doa Ijtima' Tarekat Ghazaliyah kali ke-2.
Teks Ucaptama & Doa Ijtima' Tarekat Ghazaliyah 2018
Rakaman audio Ucaptama & Doa Ijtima' Tarekat Ghazaliyah 2018
4 cenderahati untuk dibawa pulang oleh para hadirin. Semoga bermanfaat.
Apakah semua ini?
Bertemu kerana Allah.
Yang di tengah dah ghaib :)
Bakar-bakar menjelang tengah malam. Sambung bicara agama hingga ke tahajud.
Sarapan pagi bagi ikhwah yang bermalam di lokasi. Ada juga yang masih sempat pergi berkompang di majlis perkahwinan sahabat sebentar.
Antara kaum lelaki yang bermalam dan kini berpagi hari.
Sebahagian ikhwan berziarah lagi. Kali ini ke Kota Ngah Ibrahim.
Sejarah Long Jaafar mengusahakan bijih timah secara besar-besaran.
Penjara.
Zaman Jepun.
Zaman British.
Berangin di beranda Muzium Ngah Ibrahim sambil bicara sufi.
Bergambar kenang-kenangan.
Ke stesen kereta api tertua di negara kita, sejak 1882 - Taiping.
Kemudian ke muzium tertua di negara kita, sejak 1883 - Taiping.
Meneliti rangka gajah.
Melepaskan lelah (tanpa melepaskan zikrullah) di taman Muzium Perak.
Makan tengah hari sebelum berpisah kerana Allah.
Kami memohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan. Insya-Allah jumpa lagi dalam Ijtima' Tarekat Ghazaliyyah kali ke-3 tahun depan.
No comments:
Post a Comment