Sunday, August 31, 2025

Himpunan Tazkirah Pendek Ogos 2025

 

 

1.     Merdekakanlah jiwa kami daripada penjajah yang bernama hasad dengki, takut terlepas dunia, pengecut, utamakan keredhaan makhluk, taksub, buruk kata2 dll.

2.     Minimakan masalah2 kecil dan remeh di sekeliling, kerana kita mahu tumpu kepada masalah2 besar yang sedang serata dunia ia berkeliling.

3.     Dari satu sudut, kekuatan kita untuk menghindari hal2 yang salah d sisi agama itu menunjukkan sejauh mana solat kita diterima- Nya, kerana solat mencegah daripada yang mungkar.

4.     Hayat ini amat sekejap. Kita istiqamah berjalan di jalan kebenaran dan perjuangan walaupun susah dan disusahkan.

5.     Merdekakan diri daripada pesona dan tarikan syaitan n keduniaan. Selalunya ia datang dalam rupa suka2an, hiburan, keseronokan, sanjung2an.

6.     Yang Allah, dan Rasul, malaikat, orang2 soleh puji dan redha, kita buatlah. Yang tak diredha, kita jangan buat walau seluruh dunia puji dan redha.

7.     Jika kita terus melayan lambakan hal2 penting2 dan kurang penting, maka tertutuplah hal2 yang lebih penting. Kena pandai menyaring.

8.     Apa yg kebanyakan manusia lihat, itu bukanlah yang sebenarnya. Itu semua adalah apa yang mereka mahu manusia lihat.

9.     Qalbu yang sihat amat banyak berperanan menjadikan badan yang sihat. Pelajari dan dalamilah tasawuf – ilmu tentang qalbu.

10. Jika hati ikhlas dan kuat yakin pada jalan sufi, insya-Allah Dia maklumatkan kita dengan maklumat2 luar biasa yang kita tak jangka2.

 

Himpunan Tazkirah Pendek Abu Zulfiqar Ogos 2025

Nota Live Streaming : Apa Yang Membuatkan Sombong?

 

APA YANG MEMBUATKAN SOMBONG?

(Nota live streaming 30/8/25)

 

Kesombongan itu berlaku apabila seseorang itu berasa dirinya punya kelebihan yang besar dari segi ilmu, amal, keturunan, keelokan rupa, kekuatan tubuh badan, kekayaan dan kekuasaan.

 

PERTAMA : SOMBONG KERANA ADA LEBIH ILMU. Ia memandang rendah akan orang lain. Padahal segala ilmunya itu pada hakikatnya adalah ilmu Allah seratus peratus. Pada hakikatnya, makhluk langsung tidak ada sebarang ilmu. Allah boleh letakkan ilmu itu kepada sesiapa sahaja yang dimahukan-Nya dan boleh menarik, menghilang dan memindahkan ilmu kita itu kepada sesiapa yang dimahukannya. Pada bila-bila masa ilmu kita boleh menghilang pergi kerana ia bukan kita yang punya. Beringatlah.

 

KEDUA : SOMBONG KERANA ADA LEBIH AMAL2. Padahal segala amalnya itu merupakan pemberian Allah kepadanya. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengetepikan segala amalnya itu.

 

KETIGA : SOMBONG KERANA KETURUNAN. Ada orang yang berketurunan mulia memandang rendah orang yang tidak berbangsa walaupun orang yang tidak berbangsa itu lebih tinggi amal dan ilmu daripadanya. Padahal dia berasal daripada tanah yang hina, berbau dan dipijak-pijak. Ia juga berasal daripada air hina yang datang daripada saluran kencing yang hina. Oleh itu, janganlah sombong kerana keturunan anda.

 

KEEMPAT : SOMBONG KERANA PARAS MUKA. Padahal seluruh tubuhnya berbau di luar dan dalam. Tubuh badannya merupakan kilang kotoran sama ada pada kulit badan berupa daki dan peluh, pada lubang telinga, lubang hidung, tahi gigi, tahi mata, lubang najis depan dan belakang, kotoran di bawah kuku, bakteria di seluruh tubuh dan sebagainya. Bahagian dalaman tubuhnya lebih buruk, berbau dan menggelikan berupa daging jantung, urat saraf, tulang-temulang, tengkorak, usus-usus, darah, cairan-cairan dan sebagainya.

 

KELIMA : SOMBONG KERANA ADA LEBIH HARTA DAN WANG. Antaranya apabila mereka mempunyai kelebihan dari segi tanah ladang, perusahaan, kerajaan, pakaian, makan minum, tempat tinggal dan kenderaan, mereka memandang rendah kepada orang lain.

 

Allah SWT berfirman : “Lalu ia berkata kepada temannya ketika bercakap-cakap : “Harta aku lebih banyak daripada harta engkau dan pengikut aku lebih banyak daripada pengikut engkau.” (Al-Kahfi : 34)

 

Padahal bila-bila masa sahaja pun Allah boleh hilangkan segala kekayaan itu, lalu dia menjadi tidak punya apa-apa melainkan sebatang tubuh sahaja. Allah boleh pindahkan kekayaan itu kepada sesiapa sahaja yang dimahukannya dalam sekelip mata. Ingat juga, bahawa di akhirat nanti orang-orang faqir ratusan tahun lebih dahulu masuk ke jannah berbanding orang-orang kaya.

 

KEENAM : SOMBONG KERANA DIA LEBIH KUAT DAN BENGIS. Kesombongan jenis ini suka dipamerkannya lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang lemah. Dia suka jika orang memandang akan kekuatan dan kebengisannya. Dia berbangga jika dipandang sebagai seorang yang ganas, hebat, kaki lawan dan seumpamanya. Padahal pada bila-bila masa sahaja dia boleh ditimpakan kemalangan oleh Allah yang membuatkan dia menjadi lebih lemah daripada orang-orang di sekelilingnya. Sekuat-kuat dan sehebat-hebat dirinya, dia tidak akan mampu untuk menolak penyakit dan musibah yang Allah tentukan kepadanya. Jadi, apakah nilai kuat dan bengisnya itu? Haiwan-haiwan seperti anjing, babi hutan, beruk dan lain-lain adalah lebih kuat dan ganas daripadanya. Adakah dia mahu bertanding dengan kekuatan dan kebengisan haiwan-haiwan itu lalu menjadi juara dalam kalangan mereka?

 

KETUJUH : SOMBONG KERANA ADA KUASA DAN PENGARUH. Sombong kerana berasa dirinya ramai, banyak pengikut, pembantu, penyokong, orang bawahan, murid, hamba, pekerja, kaum keluarga, kenalan, tentera dan sebagainya. Padahal pada bila-bila masa sahaja semua itu boleh meninggalkannya dan berpisah dengannya. Di alam kubur nanti pun dia akan berseorangan sahaja tanpa teman.

 

*Petikan live streaming di channel Tgrm : ILMU2 IMAM AL-GHAZALI

Nota Live Streaming : Tercelanya Sombong

 

TERCELANYA TAKABBUR (SOMBONG)

(Nota live streaming 30/8/25)

 

 

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Begitulah Allah mengecap (menutup) setiap qalbu orang yang sombong dan bermaharajalela.” (Al-Mu’min : 35)

 

“Sesungguhnya Dia tidak suka akan orang-orang yang sombong.” (An-Nahl : 23)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk jannah orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi daripada takbur (sombong). Dan tidak akan masuk naar orang di dalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman.” (Muslim)

 

Dari satu sudut, Allah mengaitkan kesombongan dengan ketiadaan iman. Ertinya sombong itu sangat berbahaya.

 

Dalam sebuah hadith qudsi dinyatakan: “Allah Taala berfirman : “Kesombongan itu selendang-Ku dan kebesaran itu kain sarung-Ku. Maka sesiapa yang bertengkar dengan Aku (yakni berasa sombong diri dan besar diri) pada salah satu daripada kedua-duanya, nescaya Aku campakkan dia ke dalam jahannam, dan Aku tidak pedulikan.” (Muslim, Abu Dawud dll))

 

Rasulullah SAW bersabda : “Bahawa Nuh as tatkala hampir wafat telah memanggil dua orang anaknya dan berkata : “Sesungguhnya aku menyuruh kamu berdua dengan dua perkara dan melarang kamu berdua daripada dua perkara. Aku melarang kamu berdua daripada syirik dan takbur (sombong). ….(hingga akhir hadith). (Bukhari, Ahmad)

 

Nabi SAW berdoa : “Ya Allah Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung dengan -Mu daripada hembusan sombong.” (Abu Dawud, Ibnu Majah)

 

“Sesiapa yang berpisah nyawa dengan badannya dan dia terlepas daripada tiga perkara, nescaya dia masuk ke jannah, iaitu sombong, hutang dan iri hati.” (Turmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

 

Allah berfirman : “Dikatakan (kepada mereka) : “Masuklah melalui pintu jahannam itu, tetaplah di sana. Dan amat buruklah tempat tinggal orang-orang yang menyombongkan diri.” (Az-Zumar : 72)

 

*Petikan live streaming di channel Tgrm : ILMU2 IMAM AL-GHAZALI