Sunday, May 19, 2024

Tafsir Mimpi Memancing dalam Ribut

 

PERTANYAAN : Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu. Saya ada bermimpi. Saya bermimpi yang saya pergi memancing di laut menaiki bot. Dalam bot tu tak pasti berapa orang. Dalam sibuk memancing, bot yang saya naik dipukul ribut, tapi saya tetap memancing dan dapat ikan dua ekor yang betul2 besar. Orang lain dalam bot tu mereka semua lari masuk dalam bot. Jika tidak keberatan, mohon ustaz tafsirkan mimpi saya.


JAWAPANNYA :

Laut itu ialah kehidupan di dunia ini.

Bot itu ialah perkumpulan/ ikhwah/ jemaah yang tuan sertai selama ini.

Orang2 dalam bot itu ialah orang2 yang bersama2 mengambil manfaat dengan perkumpulan itu.

Memancing itu merupakan usaha2 dan ikhtiar2 yang dilakukan dalam kehidupan ini (untuk keduniaan dan keakhiratan).

Dipukul ribut itu merupakan ujian besar yang datang melanda.

Tetap terus memancing itu merupakan keteguhan dan keyakinan qalbu (hati).

Orang2 lain lari masuk ke dalam bot bermakna mereka kurang teguh menghadapi dugaan besar tetapi hati mereka tetap dengan perkumpulan tersebut.

Dapat dua ekor ikan insya-Allah bererti mendapat dua kebaikan/kemudahan/kenikmatan besar, atau kebaikan/kemudahan/kenikmatan berganda, atau banyak kebaikan/kemudahan/kenikmatan. Orang2 lain dalam bot itu umumnya mendapat kebaikan2 yang lain tetapi mereka tidak mendapat kenikmatan yang “dua ekor ikan besar” itu tadi.

Tentang jenis kebaikan2 itu, tak dapat sahaya nak takwilkan kerana ia umum- tak “nampak” dengan jelas. Wallahua’lam.


Secara keseluruhannya mimpi ini membawa khabar baik (busyro). Sama2lah kita mendoakan agar ia menjadi kenyataan (atau mungkin sudah atau sedang berlaku) dan berterusan.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Ditanya pada 14.5.24

Dijawab pada 16.4.24

No comments: