Sunday, May 5, 2024

Asyik Perut dan Pemakanan Je yang Lebih Dipersalahkan

 

Peghot kita ni Allah buat memang sangat luaq biasa. Maasuk la apa kebenda pun, dia memang ada power special punya untuk bagi baik tubuh badan kita ni. Tapi kalau dah melampau sangat dok layan makan minum, sesekali dia pun tak tertepih la jugak. Sungguh pun macam tu, sebenaqnya sangat susah untuk tubuh badan kita nak dapat penyakit atau rosak kat mana2 disebabkan makan minum, sebab peghot kita ni memang canggih-manggih Allah buat. Dia tak mudah2 nak saloqkan benda2 tak elok ke tempat2 lain dalam tubuh badan kita ni. Dia punya pemutih, penapih, perelok, pemasak, penghurai semua memang ajaib gila. Kalau dak, dah lama dah kita kiok atau sakit telentang. Padahai sejak kecik dah macam2 kita dok baham. Tengok la tok nenek kita dulu. Pendek kata depa sihat belaka sampai la ke tua. Meninggai dunia pun sebab sakit tua, biasanya la.


Ke peghot kita ni masuk ayaq kopi, oren, sirap, tapi yang keluaq nanti warna jeghenih atau kuning2 sikit. Tak la pulak dia keluaq balik kopi, oren, sirap. Kalau tidak, naya ooo! Tengok dia punya sistem macam mana? Allah... tak tau nak habaq la lagu mana punya dahsyat Dia buat! Mana hat elok, dia saloq pi ke bilik2 yang berkenaan. Mana hat yang tak elok atau sia2, dia saloq keluaq balik melalui salah satu daghipada dua jalan.


Memang betoi la kalau nak kata tahap kesihatan oghang la ni ghamai yang menughun kalau nak banding zaman dulu disebabkan makan minum. Tak le pulak kita menidakkan yang tu. Tapi asai masalah kesihatan yang pelik2 ja, teghoih tuju makan minum. Sikit2 punca makan minum. Asyik makan minuuum ja yang kena. Memang la punca penyakit tu umumnya di peghot. Tapi, peghot kita ni bukan calang2 punya tentera Allah. Setakat makan minum hat yang besa2 kita dok makan hari2 ni, walau makanan segera sekalipun, insya-Allah umumnya sihat aih. Lain la kalau saja2 pi telan racun. Yang tu bukan makanan hat yang besa2 dah. Tak boleh kigha la yang tu.


Jadi... kena dok renong2 la macam mana kesihatan oghang zaman la ni umumnya tak macam oghang zaman dulu2. Banyak sebab-musabab yang lain. Wallahualam.


28/4/24


*Dialek utara ni nampak kasar tapi sebenarnya cakap dengan nada biasa sahaja.

No comments: