Sunday, May 5, 2024

Ambillah Ilmu daripada yang Tahu, Bukan Buat2 Tahu

 

Mukhriz tidak pernah berguru dan belajar ilmu al-islam (fekah). Tapi dia selalu mempertikai hal ehwal fekah yang dalam-dalam. Maka, susahlah untuk kita mengambil ilmu fekah daripada Mukhriz. Mukhriz janganlah terasa hati.


Osman pernah berguru dan belajar ilmu al-iman (akidah) tapi sangat sedikit lagi sekejap. Kini dia rajin mempertikai hal ehwal aqidah dan tauhid di mana-mana. Maka, susahlah untuk kita menerima HURAIAN ilmu akidah daripada Osman. Osman janganlah terasa hati.


Zainal mengaku ada berguru dan belajar ilmu al-ihsan (tasawuf), tapi setakat yang dimaklumi orang bahawa yang disebutkannya sebagai gurunya itu TIDAK AHLI pun dalam ilmu tasawuf tapi ahli dalam juzuk ilmu agama yang lain. Jika ada pengetahuan tasawuf pun sekadar yang asas2 sahaja. Maka, susahlah untuk kita meyakini huraian Zainal berkaitan tasawuf. Zainal janganlah terasa hati.


Khairi sering menunjukkan pengetahuannya tentang as-saah (akhir zaman, zaman akhir dsb), tapi sanad ilmu as-sa’ahnya terputus. Dia rajin memberi komentar di sana-sini. Maka, susahlah untuk kita memakai pandangan2nya tentang as-sa’ah. Khairi janganlah berkecil hati.


Zuki sangat gemar mengkritik ke sana ke mari tentang hukum-hakam. Tapi Zuki tidak ada sanad ilmu fekahnya. Dia ambil dari mana? Maka, susahlah untuk kita mempercayai kata-kata Zuki dalam bidang fekah. Zuki janganlah ambil hati.


Adi sangat banyak bercakap soal tauhid. Tapi dalam sanadnya ternyata ada banyak nama orang termasuklah gurunya yang dimaklumi sebagai bukan ahli dalam tauhid. Maka, susahlah untuk kita menerima pandangan2nya tentang tauhid. Adi kenalah belajar2 menerima penolakan orang.


Begitulah UMUMNYA, bukan sepenuhnya.


Ilmu2 agama daripada 4 tungku ad-diin ini, kita bukan boleh main pakai ambil, terima atau reka2 sahaja. Berbahaya kepada agama dan umat. Jangan dicari ilmu pada yang bukan tempatnya, kerana sudah tentu tidak akan ditemui. Ibarat mencari ilmu tentang biji bola mata kepada pakar bunga-bungaan. Dia memang pakar, tapi bukan dalam hal ehwal biji bola mata. Begitu juga jika cuba menuntut menuntut ilmu tentang jantung tetapi kepada pakar dalaman telinga.


3/5/24

No comments: