Allah SWT berfirman :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu daripada naar (api neraka).” (At-Tahrim : 6)
Walau bagaimana hebat pun ibu bapa memelihara anaknya daripada neraka dunia (kesusahan-kesusahan dan cabaran-cabaran hidup di dunia ini), maka lebih utama lagilah untuk memelihara anak itu daripada terkena neraka akhirat. Hal ini kerana neraka dunia itu tidaklah berapa lama berbanding neraka akhirat, dan neraka dunia itu tidaklah sedahsyat mana berbanding neraka akhirat.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
24/8/23
No comments:
Post a Comment