Syarahan Kitab Rahsia Solat (Ilmu Fardhu Al-Islam) daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Ustaz Dzul al-Ghazali. Antara ilmu yang dikongsikan :
1. Secara umumnya kita akan belajar fekah solat, dan secara khususnya kita akan belajar hikmah solat.
2. Imam al-Ghazali tidak sekadar mengajarkan fiqh solat tetapi juga tasawufnya solat.
3. Solat ibarat tiang. Tanpa tiang maka akan runtuhlah binaannya. Contohnya tiang rumah dan tiang khemah.
4. Ada empat tiang agama atau tiang ad-diin iaitu al-iman, al-islam, al-ihsan dan as-sa’ah, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadits Jibril.
5. Kitab2 khusus fekah biasanya akan menceritakan tentang amal2 zahir solat iaitu perlakuan anggota badan. Tetapi dalam kitab2 tasawuf, akan dilanjutkan dengan amal2 batin solat iaitu amal2 hati. Contohnya dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini.
6. Penerangan tentang istilah adzan, bang, muadzdzin dan bilal.
7. Sejarah adzan, fadhilat adzan dan sunat2 adzan.
Adab & Akhlak Mendahului Ilmu. Benar & Kukuh Menundukkan Ragu
No comments:
Post a Comment