Tasawuf Sufi Jalan Imam al-Ghazali (Ilmu Fardhu Al-Ihsan) oleh Pak Long Abu Zulfiqar al-Ghazali. Antara perkongsiannya :
1. Untuk berusaha membalas kasih sayang Allah, dari segi tasawufnya tidak cukup sekadar dengan taat dan patuh, tetapi hendaklah sampai kepada cinta.
2. Selain itu, kita hendaklah membanyakkan berzikrullah, iaitu membanyakkan ingat Allah.
3. Satu lagi usaha kita adalah dengan selalu membaca “surat2”-Nya kepada kita, bahkan mengulang-ulanginya iaitu membaca Al-Quran. Ibarat surat kekasih, bukankah kita suka untuk membacanya berulang2 kali walaupun kita sudah faham akan maksudnya?
4. Peganglah “Adab & Akhlak Mendahului Ilmu. Benar & Kukuh Menundukkan Ragu”. Inilah 4 perkara yang sangat perlu kita beri perhatian terutamanya dalam penyampaian iaitu adab, akhlak, maklumat yang benar, dan maklumat yang kukuh.
5. Diri kita membawa imej Islam, tasawuf, sufi, tariqah dan lain-lain. Maka cantikkanlah agar tidak dipandang buruk oleh orang2 bukan Muslim dan umat Islam sendiri.
6. Pada hakikatnya, bukan makhluk yang memandang kita tetapi Allah. Maka cantikkanlah.
7. Dunia hari ini sangat cepat berjalan. Jika kita terlewat, kita akan ketinggalan, kerugian, dan mungkin akan tersalah/ tersilap. Perubahan2 yang berlaku adalah sangat cepat dan sangat banyak kejutan. Dunia beredar sangat cepat sedangkan kita masih lambat2 berjalan.
8. Teruslah aktif dalam program2 kita, mantapkan ukhuwah sesama kita, dan yan lebih penting adalah perkasakan hubungan dengan Allah.
9. Teruslah membawa adab2 dan akhlak2 baik di dalam majlis, dalam penyampaian dan dalam solat ke luar walaupun selepas tamat majlis, penyampaian dan solat.
10. Banyakkan membaca Al-Quran, solat2 sunat dan zikrullah.
Adab & Akhlak Mendahului Ilmu. Benar & Kukuh Menundukkan Ragu
No comments:
Post a Comment