Sunday, May 12, 2024

Himpunan Tazkirah Pendek April 2024 (2)

 

1. Terus doakan yang baik2 untuk pasangan hidup dan anak2 kita. Rezeki daripada Allah tidak terduga.


2.Jika sempat (lelaki) pakailah pakaian yang bagus, kemas & cantik untuk menemui-Nya (solat). Ini tidaklah bermaksud pakaian yang mewah atau mahal.


3. Semoga Allah rezekikan kita rasa sedap dan lazat untuk mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.


4. Dunia ini tempat kita menempah cara kita melintas titian di akhirat sana. Usia kita itu “panjang”nya.


5. Kita contohi sahaja sebagaimana R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, Sahabat2 utama yang lain). Insya-Allah sejahtera.


6. Pabila kita hendak berseronok2 di depan umum, ingat2lah... bahawa Allah, malaikat2, orang2 soleh dan jin2 beriman ada memandang.


7. Kita hendak damaikan pihak2 yang bertelagah pun kena ada maklumat secukupnya, kerana kadang2 mudaratnya jauh lebih besar buat mereka.


8. Moga kita terpilih untuk sentiasa ingat akan-Nya atau sentiasa melafaz nama-Nya dalam qalbu, “Allah... Allah... Allah...” Cinta Dia.


9. Antara kaedah hendak tahu qalbu kita ini sedekat mana dengan qalbunya Nabi, rujuklah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Kita akan terasa amatlah jauhnya...


10. Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini tidak menghidangkan jasadnya Nabi, pakaiannya Nabi, harta bendanya Nabi, darahnya Nabi, dagingnya Nabi, sel-selnya Nabi, DNAnya Nabi, tapi sesuatu yang lebih penting daripada semua itu iaitu “qalbu”nya Nabi.

No comments: