Saya berbual-bual dengan seorang hamba Allah. Antara hal yang ditanyakannya. “Dalam beberapa tahun ni le, masalah kesihatan yang mana yang paling banyak dapat (rawat)?”
Saya pun memaklumkan bahawa saya sudah berhenti sepenuhnya daripada hal ehwal merawat sejak April 2022 lagi. Jadi, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri setakat Mac 2022, dan selebihnya adalah dapatan daripada rakan2 perawat yang masih aktif. Walaupun sudah berhenti, tapi saya masih mengambil tahu juga sedikit-sebanyak tentang aliran masuknya melalui dapatan sahabat2 perawat yang lain.
Sebenarnya apabila kita menawarkan khidmat perubatan Islam, kita boleh nampak dengan jelas aliran masuk masalah2 kesihatan semasa. Jika tiba musim batuk, pesakit2 yang datang pun majoritinya berkaitan dengan masalah batuklah. Datang pula masa sakit mata, ramailah yang hadir kerana sakit mata. Kadang2 tiba musim gangguan, maka bederet2lah masalah gangguaaaaan belaka. Begitulah seterusnya.
Aliran masuk ini tentulah tidak tepat, tetapi sekurang2nya boleh dijadikan panduan asas. Sebaik2nya maklumat tentang aliran masuk ini kita kumpulkan daripada perawat2 yang merawat pelbagai masalah, bukannya yang merawat hanya masalah tertentu. Jika kita bertanya kepada perawat masalah kayap dan kudis, maka masalah itulah yang terbanyak diajukan kepadanya. Bertanya kepada perawat bahagian gangguan jin dan sihir, maka masalah2 berkaitanlah yang terbanyak dirujukkan kepadanya. Tanya kepada perawat santau, biasanya masalah santaulah yang terbanyak dihadapinya sehari2. Jadi, kita cuba bertanya kepada beberapa orang perawat yang jenis merawat pelbagai masalah kesihatan. Barulah jelas aliran masuknya.
Berdasarkan pengalaman sendiri merawat (setakat Mac 2022 lalu terus berhenti sepenuhnya) dan perkongsian oleh teman2 perawat yang lain, tiga masalah kesihatan yang paling banyak diadu dan diajukan dalam beberapa tahun terakhir ini mengikut turutan ialah :
1. yang berkait dengan emosi. Ini paling banyak.
2. yang berkait dengan darah (tersekat, jantung, strok dsb)
3. (yang amat jarang disebutkan orang, tapi nanti di bawah baru kita sebutkan)
Kemudian barulah masalah2 lain (tanpa mengikut turutan jumlah kes) seperti masalah pernafasan, masalah kulit, masalah mata, batuk berterusan, gangguan jin, batuk kering, sihir, ketumbuhan (luar atau dalam), dan sebagainya.
Mengapa masalah ketiga itu amat jarang diperkatakan? Kerana ia amat memalukan bagi kebanyakan orang dan ego pula tinggi. Apakah masalahnya tu? Masalah kelemahan atau kemeruduman tenaga, keupayaan dan kenormalan tenaga batin. Ramai orang tak sedar banyaknya masalah ini kerana mereka tidak mengubat. Bagi perawat, mereka boleh nampak dengan jelas aliran masuk jenis2 masalah kesihatan.
Orang kurang segan untuk mengakui masalah emosi, jantung, gangguan jin dan lain2 tapi kalau bab tenaga batin, memang akan cuba disenyap2kan. Sebenarnya banyak juga masalah rumahtangga dan perceraian yang berkait dengan hal ini tetapi amat jarang diuar-uarkan bahawa itulah faktor utamanya. Sebaliknya akan dinaikkanlah masalah berkaitan ketidaksefahaman, kewangan, selalu bergaduh, sihir, lebih selesa membawa haluan masing2, tak bertanggungjawab atau sebagainya. Sembang di kedai makan memang tak jatuh, seolah2 juara lagi gagah perkasa. Tapi di rumah, pasangannyalah yang lebih arif tentang hal sebenar. Manakan tidak - suami asyik mengelak, atau asyik berhelah, atau asyik mendiamkan diri. Nafkah zahir ada, nafkah batin pun jua. Orang2 yang merawat insya-Allah maklum akan hal ini. Dulu2 memang ada sahaja kami menerima masalah kesihatan jenis ini. Tapi belakangan ini jadi berganda2. Wallahua’lam.
Penyelesaian atau langkah2 pengurangan masalah ini?
Doa banyak2 – istighfar banyak2 - turunkan ego betul2 - berubat – jaga kesihatan.
Jangan lupa juga bincang elok2 dengan pasangan.
23/5/24
No comments:
Post a Comment