Sunday, August 28, 2022

Tidak Sihat Berulang2?

 

Walaupun kita sudah berhenti merawat, tetapi apabila bertemu dengan orang2 yang kita kenali, dalam sembang2 itu selalu juga mereka akan terlorong ke arah masalah2 kesihatan atau gangguan yang mereka alami. Mungkin kerana dulu2 sudah terbiasa sembang2 begitu dengan kita. Tapi kini kita sekadar jadi pendengar sahajalah dan memberi nasihat agar menjaga kesihatan dan pemakanan (satu nasihat yang mereka pun memang sedia maklum dan memang mereka buat pun).


Dalam dua minggu ini, tiga kali sahaya terjumpa dengan kenalan2 lama yang dalam sembang2 itu mereka menyentuh tentang masalah kesihatan mereka yang lebih kurang sama sahaja. Mereka selalu tidak sihat secara berulang-ulang dan PENYAKIT MEREKA DATANG BERGILIR2. Sudah berbulan2 macam itulah keadaannya. Pada Feb-Mac dulu (ketika masih merawat) memang saya sudah mula banyak menerima pesakit yang sebegini yang secara berhadapan atau yang sekadar bertanya melalui media sosial.


Contohnya - kena batuk dua minggu lalu sihat seminggu. Kemudian kena pula selesema dan sakit kepala seminggu lalu sihat 4-5 hari. Kemudian demam pula 4-5 hari lalu sihat seminggu. Kemudian batuk sampai hilang suara selama dua minggu lalu sihat seminggu. Kemudian selesema 4 hari lalu sihat 5-6 hari. Kemudian sakit kepala dan sesak nafas seminggu lalu sihat seminggu. Kemudian..... begitulah berulang2 sampai tak tahu dah bila hendak habis dan macam mana hendak sihat. Yang lebih kesiannya, salah seorang tu kena pada anaknya yang masih kanak2.


Sebelum2 ini, memang biasalah kita sesekali kena demam, atau selesema, atau batuk, atau sakit kepala, atau lelah, atau dua penyakit sekali, atau tiga sekali dalam satu2 masa - tetapi selang masanya tu jauh. Seminggu demam, mungkin 2-3 bulan selepas itu baru kena batuk atau demam semula. Kemudian 2-3 bulan selepas itu baru kena selesema. Begitulah seterusnya. Tetapi kini, sempat sihat 3-4 hari, lalu kena pulak lagi. Berulang2.


Nampak macam sistem imun mereka sudah bermasalah. Padahal dulu2 elok sahaja. Ada juga yang cuba mengaitkannya dengan hal2 ghaib seperti ganguan jin syaitan, sihir, saka dan yang seumpama dengannya. Tetapi pada saya, masalah sebegini sebenarnya masalah fizikal yang tidak berkaitan dengan hal itu semua. Sistem pertahanan semulajadi di dalam tubuh itu yang sudah melemah dan sistem pemulihan/pembaikannya pula sudah melambat. Kedua-duanya macam sudah terganggu.


Maka antara usahanya teruslah jaga kesihatan, buat senaman, jaga pemakanan, berulang ke klinik/hospital menemui doktor2, cuba2 cari perubatan alternatif, jaga emosi, banyakkan istighfar, doa dan amal ibadah. Itu sahajalah yang dapat kita kongsikan.


28/8/22


Hendaklah Engkau Berjiwa Keummahan

 

Berjiwa keummahan ini

biasanya mula tercetus

apabila usia mencapai 40-an.

Sebelum usia itu

biasanya manusia masih kuat

berjiwa keperibadian, keakuan, kekamian.

Kasih kita lebih terarah

kepada diri sendiri

dan orang2 atau hal2

yang di sekitar diri sendiri sahaja.



Jarang2 ada yang berjiwa keummahan

pada usia 30-an.

Sangat jarang yang mendapat jiwa keummahan ini

pada usia 20-an.

Dan sangat terpencil jika ada yang memilikinya

pada usia belasan.



Namun ada juga insan2

yang tidak mendapat jiwa keummahan ini

walaupun sudah berusia 40-an, 50-an, 60-an,

malah sehingga nafas yang penghabisan.



R4S adalah contoh generasi

yang paling kuat jiwa keummahan mereka.

Merekalah maharaja2 para wali.



28/8/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi


R4S =

R - Rasulullah SAW

4 - Empat orang sahabat paling utama

S = Sahabat2 utama yang lain


Saturday, August 27, 2022

Tiada Lagi Jadual Pertemuan Tarekat Ghazaliyah Tahun Depan

 

Soalan : Dah nak sampai ke penghujung tahun 2022 dah kita ni. Jadual2 pertemuan (berkaitan Tarekat Ghazaliyah) untuk tahun depan ada tak ustaz?


Jawapan : Jadual2 untuk majlis penerangan Tarekat Ghazaliyah yang saya keluarkan beberapa bulan lepas untuk sepanjang tahun 2022 itu sebenarnya memang terhenti setakat itu sahaja. Sebab itulah tidak ada sambungannya untuk tahun depan.


Mulai hujung tahun ini sahaya akan mula terlibat dengan urusan2 agama dan dakwah yang akan membuatkan masa saya menjadi lebih rumit. Maka saya tidak bercadang untuk bertemu dengan orang lain atau orang baru (atas urusan2 Tarekat Ghazaliyah) melainkan mereka yang sudah saya temui pada hujung tahun lepas sehinggalah ke akhir tahun ini. Sesiapa yang punya sebarang urusan berkaitan tarekat ini nanti bolehlah menemui wakil2 saya yang sudah dilantik sebelum ini dan murid2 saya yang lain. Saya sedang berusaha dan berikhtiar melatih mereka secara khusus sepanjang tahun ini supaya saya boleh fokus pada kerja2 saya nanti.


25/8/22


Cubaan Scam Makhluk2 Ghaib

 

Disebabkan semalam saya mendapat satu mimpi yang agak melucukan, saya suka untuk berkongsi satu mimpi lain lebih kurang 25 tahun yang lalu (1998/99). Kedua-dua mimpi ini ada beberapa persamaan tetapi yang terdahulu itu lebih berat permainannnya. Jadi kita kongsikan mimpi yang lama itu lebih dahulu.


MIMPI 25 TAHUN YANG LALU


Sebelum berkahwin, saya ada menyewa sebuah rumah papan. Dalam mimpi itu, saya sedang duduk bersila di rumah sewa itu. Di tengah rumah ada dinding papan yang berlubang2 sedikit. Boleh nampak cahaya di sebelah sana ruangan. Di ruangan itu sefaham saya ada beberapa orang, mungkin dalam 10 orang yang sedang duduk juga. Saya tidak nampak mereka melainkan sedikit cahaya dan bayang2 yang silih berganti hasil bergeraknya mereka pada lubang2 kecil di dinding kayu itu.


Saya pun bertanya, "Siapa ni?"


Yang di sebalik dinding menjawab, "Rasulullah." (Selepas itu dialah yang bertindak selaku jurucakap bagi kumpulan itu sehinggalah ke akhir mimpi. Yang lain2 tidak bersuara)


Ketika itu saya berasa agak geli hati tapi disorok di dalam hati sahajalah. Nasib baiklah mursyid saya pernah beritahu bahawa hal2 semacam ini akan berlaku nanti apabila kita tiba pada maqam2 tertentu dalam jalan keRUHanian ini, cuma tak tahu bila masanya. Tak sangka pada malam itu sudah sampai waktunya.


Saya pun agak terkejut lalu bertanya lagi, "Nabi Muhammad? Muhammad ibni Abdillah?" Dia mengiyakan. Dia juga memberitahu bahawa bersama-samanya ialah (Syeikh) Abdul Qadir (al-Jilani), (Nabi) Khidhir, (Syaikh) Abdus Samad (al-Falimbani), dan beberapa nama lain yang ketika itu saya tidak kenal mereka menyebabkan saya tidak mengingati nama-nama itu. Namun sefaham saya yang lain-lain itu juga nama kepada wali2 Allah atau ulama2 besar.


Kemudian yang mengaku sebagai Rasulullah itu bercerita tentang tasawuf tinggi (yang sesekali terselit maklumat yang salah pun), beberapa ramalan tentang peristiwa yang bakal berlaku dalam beberapa tahun akan datang (banyak yang tak berlaku pun kemudiannya) dan beberapa perkara lagi yang kebanyakannya saya tidak ingat. Lama juga "majlis penerangan"nya sampai naik jemulah saya di dalam mimpi itu.


Pada satu kesempatan, saya potong kata-katanya lalu bertanya, "Sebenarnya tuan2 ni dari mana?"


Terus dia senyap. Agak lama juga. Yang terdengar hanyalah pergerakan badan dan pakaian mereka. Kemudian barulah si tukang cakap bercerita...


Sebenarnya mereka berasal dari Sri Lanka (entah betul entah tidak, layankan sahajalah) tapi sudah lama berhijrah ke Tanah Melayu. Sudah ratusan tahun. Si tukang cakap itu pun termasuk yang berhijrah ketika itu. Maksudnya usianya sudah ratusan tahunlah (mungkin juga sudah lebih seribu tahun). Dan daripada bicara agama, majlis penerangan semakin terarah kepada bicara dunia persilatan pula.


Saya pun merobek2 sedikit dinding kayu yang berlubang itu lalu mendekatkan mulut. Kata saya, "Tak mengapalah. Tuan2 baliklah."


Mimpi pun tamat......


Esoknya saya terus maklumkan kepada guru saya. Si mursyid tertawa mendengar cerita saya. Katanya, "Miker dah lulus le tu." Kemudian barulah dibuka pengalamannya. Sebelum ini dia hanya bercakap secara umum sahaja.


Dia juga pernah bertemu Nabi Muhammad (Rasulullah) yang sebenar di dalam mimpi. Selain itu dia juga pernah didatangi oleh yang mengaku "Nabi Muhammad (Rasulullah)" yang bukan di dalam mimpi sahaja, bahkan secara terang-terangan pun pernah. Lalu terus dia bercerita pengalaman bertemu secara berhadapan itu.


Menurutnya, (guru saya ini wajahnya memang serius, susah kelihatan tersenyum tapi sebenarnya boleh melawak dan kuat mengusik orang) dia menyakat mahluk yang mengaku sebagai Rasulullah itu dengan pelbagai soalan.


Contohlah (saya sudah tidak ingat susunannya, lebih kuranglah) :

"Anta Muhammad bin Abdillah bin Abu Mutalib.... (sampai beberapa keturunan ke atas)?" Makhluk itu mengiyakan.

Ditanya lagi akan nama2 semua isterinya.

Kemudian ditanya lagi nama anak cucu, sahabat yang empat, peristiwa hijrah, israk mikraj dan macam-macam. Sampai kelelahan si makhluk menjawab. Bertubi-tubi soalan untuk mengesahkan dirinya benar2 Rasulullah saw.


Ringkas kata, iya belaka. Memang sungguh2 Rasulullah sawlah lagaknya. Tapi di dalam soalan2 itu ada terselit hal2 yang tidak benar berkaitan Rasulullah, tapi diiyakan juga oleh si makhluk. Makin jelaslah.


Setelah puas melayan, guru saya memberitahu yang dia "menjurus dengan zikrullah secara ma'rifat" (tanpa pergerakan anggota badan) ke arah makhluk itu. Terus makhluk itu berdesup lari. Nak kata terbang, tak terbang. Nak kata berlari pun bukan berlari. Macam kilat (sekilas pandangan sahaja) ke sebelah kiri dan menghilang. (Jika di zaman kita sekarang ini mungkinlah macam The Flash)


Kata mursyid, "Takkan le Rasulullah cabot kene jurus dengan zikir!"


MIMPI MALAM SEMALAM


Saya berada di sebuah rumah dengan dinding kayu yang terobek2 sedikit. Lebih kurang sama macam dalam mimpi yang lama itu. Di sebalik dinding juga ada sekumpulan makhluk. Cuma kali ini tidak ada pengakuan sebagai Rasulullah dan dakwaan hadirnya wali2 Allah di situ. Tukang cakapnya bercerita tentang ilmu tasawuf tinggi dan beberapa hal lain yang saya tidak ingat. Tapi hati saya terdetik - ini macam mimpi yang lama dulu tu! Sudah suku abad berlaku, kini seakan berulang kembali.


Macam hendak panjang sahaja "majlis penerangannya", lalu kali ini sahaya potong teruslah. Tak mahulah tunggu lama-lama macam dalam mimpi pertama dulu. Dalam mimpi pertama dulu, rasanya berjam2 saya mendengar celotehnya. Kali ini cukuplah.


Lalu saya berkata, "Tuan2 ni golongan jin......." (Saya biarkan ayat tergantung).


Sama juga, lama mereka berdiam. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak. Kemudian tanpa diminta, si tukang cakap pun mengendurkan suaranya lalu bercerita... sebenarnya mereka berasal dari Jepun (bahagian ini yang membuatkan saya terasa lucu. Dulu dari Sri Lanka, kali ini dari Jepun pulak). Siap beritahu tahun lagi iaitu mereka berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1831. Lagi lebar senyum saya.


Dia pun cuba bercerita tentang ma'rifah, hakikat, ramalan2 dan sebagainya. Diubah-ubahnya content cerita untuk detect bahagian mana yang membuatkan saya tertarik. Mungkin kerana saya kelihatan tidak berminat, dia pun hentikan semua cerita itu lalu bertanya, "Ilmu apa yang ustaz hendak? Semua kami boleh bagi."


Sama juga macam dalam mimpi pertama, saya merobek2 sedikit lubang2 pada dinding untuk membesarkannya. Kemudian saya dekatkan mulut ke dinding dan berkata, "Tak payahlah." Majlis pun bersurai.


Tamat mimpi terbaru.


PENUTUP


Modus operandi lebih kurang sama cuma alur cerita yang berlainan versi. Agaknya mereka ini pun mendapat latihan daripada pihak yang sama untuk scam manusia. Agaknyalah. Mesti banyak kejayaan mereka dan sudah ramai yang terkena. Wallahua'lam.


27/8/22


Empat Fasa Kebenaran Dikeluarkan dan Diterima

 

Kadang2 sesuatu yang benar itu jika dikeluarkan akan melalui 4 fasa :


1. Fasa pertama - Majoriti orang belum dapat menerimanya. Mereka akan menolak dengan tegas. Namun sudah ada segelintir orang yang menerimanya.

Beberapa tahun kemudian (*kadang2 memakan masa belasan atau puluhan tahun)...


2. Majoriti manusia masih belum boleh menerimanya, tetapi penolakannya sudah tidak sekeras dulu. Banyak yang berdiam atau membiarkan sahaja walau pun belum dapat menerimanya.

Beberapa tahun kemudian (*)...


3. Orang-orang yang menerima dan yang belum dapat menerimanya sudah lebih kurang sama banyak. Namun perbezaan pandangan masih agak kuat.

Beberapa tahun kemudian (*)...


4. Majoriti manusia sudah menerimanya. Namun tetap ada sebahagian manusia yang tetap tidak menerimanya. Dalam sebarang hal pun, golongan yang sebahagian sebegitu tetap wujud.


24/8/22

Wednesday, August 24, 2022

Mimpi akan Orang yang Digelar Ulama

 

Pada hujung-hujung tidur malam tadi, sahaya diperlihatkan satu mimpi. Dalam mimpi itu, sahaya memakai pakaian yang biasa sahaya pakai ketika berada di rumah atau ketika melakukan kerja2 di sekitar luar rumah iaitu baju t-shirt lama dan berkain pelekat. (Beginilah selalunya pakaian sehari2 sahaya di dalam dan di sekitar rumah baik ketika mencangkul, menjirus pokok, bercucuk-tanam, tebang pokok pisang, cabut ubi kayu, mengejar biawak, mengutip haiwan perosak dan sebagainya. Jika ada keperluan barulah sahaya berseluar pekerja/jeans dan berkasut but getah)


Sahaya sedang berjalan di dalam satu bangunan besar. Tiba-tiba ada dua orang wanita yang berpakaian ala sebahagian puteri2 zaman silam di alam Melayu ini berjalan laju memotong sahaya sambil berbual rancak. Sahaya terperanjat melihat penampilan mereka. DARI BELAKANG, kelihatan mereka hanya berkemban dengan kain batik mengikut potongan badan, dan dengan sanggul besar yang dihiasi dengan cucuk-cucuk sanggul yang berkilau-kilau. Mereka terus masuk ke dalam satu dewan yang agak besar.


Hati sahaya terdorong untuk menyelidik - apa sebenarnya yang ada di dalam dewan tersebut? Sahaya pun cuba MENJENGUK ke dalam dewan. Kelihatan ramai orang. Muslim belaka. Ketika itu sahaya terus mendapat pemahaman bahawa akan berlangsung satu pertandingan pakaian satu ragam (bukan beragam) ala sebahagian puteri2 zaman silam di alam Melayu ini sebentar lagi. Kelihatanlah dari pintu dewan itu beberapa orang peserta sedang bersiap-siap atau disiapkan oleh orang2 di sekeliling mereka. Penampilan mereka sama sahaja - berkemban kain batik ketat, bersanggul besar dan bercucuk2 sanggul besar berkilauan. Para penonton pun sudah mulai ramai.


Sahaya berasa sayu dengan penganjuran majlis seperti itu. Sahaya terfikir - bagaimanalah majlis seperti itu boleh dianjurkan? Sahaya pun hendak beredar (kerana sahaya tidak mahu terlibat dan sahaya sendiri TIDAK PUNYA KEKUATAN untuk beramar makruf bernahi mungkar DALAM SITUASI SEBEGITU di tempat itu).


Sebelum bergerak, sahaya sempat memandang ke sebelah kanan di dalam dewan. Sahaya sangat terperanjat! Dalam jarak lebih kurang 15 meter dari sahaya, kelihatan dari belakang ada salah seorang peserta sedang disiapkan. Gadis itu berusia sekitar belasan tahun atau awal 20-an. Pakaiannya sudah siap, cuma cucuk2 sanggulnya yang baru separuh. Gadis itu sedang duduk di aats sebuah kerusi dan dikelilingi oleh orang-orangnya (kaum keluarga, kawan-kawan, para penyokong, dan beberapa orang tetamu).


Mengapa sangat terperanjat? Kerana tukang/artis yang menyiapkan si gadis tidak lain ialah seorang yang dikenali ramai kerana terpandang sebagai ilmuwan agama (ulama) OLEH SEBAHAGIAN ORANG. Jika disebutkan namanya, ringkas kata, pakat kenal belaka (tentunya TIDAK AKAN sahaya sentuh). Gadis itu pula ialah anak saudaranya sendiri. Orang itu memakai serban putih, kopiah putih dan jubah putih. Dia tanpa sedikit pun rasa janggal atau bersalah meneruskan kerjanya di tempat itu dan dalam suasana perkumpulan yang sebegitu. Kelihatan dia begitu menghayati kerjanya. Ketika itu dia sedang menusukkan dan menyusun cucuk2 sanggul ke sanggul si gadis sambil diperhatikan oleh orang lain.


Sahaya pun jadi kaku di muka pintu dewan.......


Tamat mimpi.


24/8/22


*Ada mimpi yang terus, ada yang mainan tidur, ada yang gangguan syaitan, ada yang berkaitan keadaan si pemimpi, ada yang dita'bir, ada yang ditakwil dan ada yang ditafsir. Mimpi di atas lebih kepada jenis yang ditakwil dan ditafsir. Maka hal-hal yang terdapat dalam mimpi ini bukanlah gambaran yang sebenar. Ringkasnya, tidak ada sesiapa pun yang dapat mentafsirkan mimpi ini selain sahaya kerana untuk mentafsirkannya memerlukan nama orang tersebut. Wallahua'lam.



Tuesday, August 23, 2022

Yang Disebut Sebagai Ulama2 Lebih 900 Tahun yang Lalu

 

Imam al-Ghazali menutup Kitab Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar di dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin dengan menuliskan : "Inilah perjalanan hidup para ulama dan adat kebiasaan mereka dalam amar ma'ruf dan nahi munkar. Dan mereka hanya sedikit sahaja mempedulikan (terkesan dengan) kekuasaan para pemerintah. Sebaliknya mereka bertawakal kepada Allah atas kurniaan-Nya memelihara mereka."


Tulis al-Imam lagi, "Tetapi sekarang (lebih 900 tahun dahulu), sifat kerakusan TELAH MENGIKAT LIDAH PARA ULAMA lalu mereka berdiam diri."


Pada bahagian yang lain Imam menulis : "Rosaknya rakyat kerana rosaknya para penguasa. Dan rosaknya para penguasa kerana rosaknya ulama-ulama. Dan rosaknya ulama-ulama kerana pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan."


- Imam al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin

Bisikan2 Misteri

 

Sekarang banyak perawat menerima banyak pesakit (sama ada yang bertemu muka atau yang bertanya dari jauh) yang mengalami masalah KERAP TERDENGAR BISIKAN, atau kerap 'TERDENGAR BISIKAN". Sejak dahulu pun memang ada sahaja pesakit sebegini pada setiap bulan tetapi kini bilangannya meningkat berkali-kali ganda.


Pada waktu2 aktif merawat dulu (walaupun tidak sepenuh masa), dalam SEBULAN adalah 2-3 orang yang mengadu mengalami masalah sebegini. Tetapi mulai Januari tahun ini jumlahnya meningkat. Pada Feb-Mac lagi banyak. Dalam SEMINGGU sahaja boleh dapat 3-4 orang.


Selepas Mac, saya berhenti merawat. Kebanyakan pesakit tak sembuh atau tak mengalami perubahan pun. Tapi perkongsian daripada rakan2 muallij yang lain kemudiannya menunjukkan mereka juga menerima kes yang sama dan semakin bertambah. Saya yakin, sekarang (Ogos) lagi banyak.


JENIS-JENIS BISIKAN


Berbalik kepada bisikan. Ramai orang berbicara tentang terdengar bisikan. Memang benar. Tapi sebahagian daripada kes yang saya dapat pada awal tahun ini berkait dengan "TERDENGAR BISIKAN" bukannya TERDENGAR BISIKAN. Apa bezanya?


1. Terdengar bisikan itu ada dua bangsa iaitu :


a) Terdengar suara zahir yang sangat perlahan tetapi dekat, yang mengatakan sesuatu kepada kita. Contohnya ketika hendak membeli lauk-pauk di restoran, tiba2 telinga kita seorang sahaja yang terdengar suara yang berkata, "Ambil le lauk nombor tiga tu, ayam percik tu."


Ramai yang menyangkakan kesemua orang yang mendengar bisikan itu adalah daripada jenis ini. Sebenarnya bukan semua, cuma orang itu tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal yang dialaminya lalu orang itu pun ringkaskan ceritanya dengan mengatakan yang dia ada terdengar suara berbisik (YANG ZAHIR). Setelah kita bertanya lebih lanjut dan lebih halus, rupa2nya sebahagian daripada mereka mendengar suara/bunyi YANG TIDAK ZAHIR (sebagaimana di bawah nanti).


b) Terdengar suara yang tidak zahir (maksudnya kata2 itu berbunyi di dalam fikiran/kepala) yang seumpama orang berbisik. Contohnya ketika seseorang itu sangat tertekan, di a terdengar suara di dalam kepalanya, atau fikirannya, atau dadanya yang mengatakan, "Engkau terjun je (dari jambatan ni)."


2. "TERDENGAR BISIKAN" pula lain ceritanya. Mereka tidak mendengar sebarang kata-kata sama ada yang zahir atau yang di dalam kepala, tetapi macam ada sesuatu yang mendorong mereka (secara begitu sahaja, seumpama naluri yang tiba-tiba datang). Apabila mereka disoal siasat, mereka tidak tahu cara untuk mengungkapkan hal yang mereka alami lalu mereka ringkaskan sebagai ada terdengar suara sahaja. Tetapi jika kita mengajak mereka menyelongkar lebih dalam, ternyata sebahagiannya didorong oleh sesuatu yang bukan bisikan zahir atau bisikan tak zahir.


Contohnya, seorang yang diketahui oleh masyarakat sebagai seorang yang sangat baik. Tiba2 pada suatu hari dia dengan sendirinya terdorong (datang suatu kehendak entah dari mana) untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan situasi tersebut lalu disebutnya sebagai terdengar suara berbisik yang menyuruhnya.


Wallahualam.


23/8/22

Membanyakkan Pahala Walau Ketika Sedang Tidur

 

Ada hari2 dan musim2 yang masamu sangat terhad sehinggakan engkau sangat kurang peluang untuk bertemu muka dengan orang2. Maka dakwahmu pun kurang. Tetapi dengan kemajuan teknologi hari ini, ketika engkau sedang tidur, makan atau mandi pun kasih sayang Allah dan pahala daripada-Nya terus berjalan, kerana dakwahmu di media sedang dibaca orang, sedang dilihat orang, sedang didengar orang atau sedang ditonton orang. Inilah amal baikmu yang tidak sempat engkau saksikan dan tidak sempat engkau hitung kerana ia terus berjalan ketika engkau menguruskan hal2 lain dalam hidupmu.


Insya-Allah pada hari akhir nanti, apabila "peti2" amalmu dibawa di "hadapan"-Nya, engkau akan terkejut besar kerana isinya ialah "emas" atau "mata wang jannah" yang jumlahnya berkali2 ganda lebih banyak daripada yang engkau sangkakan. "Rasanya aku buat sikit je. Dari mana datangnya sekian banyak "peti2" ini? Antaranya itulah dakwahmu yang tidak sempat engkau hitung itu.


Namun dengan kemajuan teknologi hari ini juga, ketika engkau sedang tidur, makan atau mandi pun murka Allah dan dosa daripada-Nya terus berjalan, kerana sebaranmu di media yang bertentangan dengan syariat agama itu sedang dibaca orang, sedang dilihat orang, sedang didengar orang atau sedang ditonton orang. Inilah "amal baikmu" yang tidak sempat engkau saksikan dan tidak sempat engkau hitung kerana ia terus berjalan ketika engkau menguruskan hal2 lain dalam hidupmu.


Maka tidak mustahil pada hari akhir nanti, apabila "peti2 " amalmu dibawa di "hadapan"-Nya, engkau akan terkejut besar kerana isinya ialah kemurkaan Allah dan jumlahnya berkali2 ganda daripada yang engkau sangkakan. "Rasanya aku pos sikit je. Dari mana datangnya sekian banyak "peti2" ini? Antaranya itulah sebaranmu yang tidak sempat engkau hitung itu.


Marilah wahai diriku sendiri juga diri2 yang lain untuk memilih jenis yang pertama tadi. Dijauhkan oleh Allah hendaknya daripada menjadi jenis yang kedua.


21/8/22

Sunday, August 21, 2022

10 Tazkirah Pendek Seterusnya

 


1. Mata yang terbuka belum tentu sedang memandang. Mata yang tertutup belum tentu tidak sedang menyaksikan.


2. Hari2 yang amal ibadahmu kemas, diri ruhani dan jasmanimu juga akan terasa kemas. Begitu juga jika sebaliknya.


3. Para pembawa kebenaran semuanya ada mendapat tentangan. Engkau pula berharap hendak jadi pembawa kebenaran tetapi tanpa mendapat tentangan? Mana kan dapat sebegitu!


4. Malang sebenar malang itu apabila engkau cari yang benar, tahu yang benar, tetapi masih mempercayai yang bohong.


5. Kau ikut jalannya Rasululllah, orang yang sayang ramai, orang yang benci pun ramai. Itu memang fitrah. Bersedia, jangan mengalah.


6. Apabila tiada tempat untuk bersandar maka mudahlah ajaran diputar2 atau terputar tanpa disedar lalu disangka itulah yang benar.


7. Mengapa ada guru2 keRUHanian yang tidak menguji? Kerana cukup dengan memerhati para salik menguruskan ujian kehidupan sehari-hari.


8. Hendak menyelamat dalam keadaan dikekang mulut, kaki dan tangan memang sangat sukar. Namun para pejuang tetap berusaha dan berikhtiar.


9. Air dan OKSIGEN ini ubat2 paling utama. Jika yang dua ini tak terurus dengan baik, memanglah macam2 penyakit akan sampai. Kemudian kau salahkan jin.


10. Selagi engkau belum terkena virus taksub, engkau masih boleh ditolong. Tetapi apabila engkau sudah terkena, hampir2 tiadalah lagi orang lain yang berdaya upaya untuk mengubahnya. Ketaksuban itu menghapuskan kewarasan. Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban.

Merawat Ibarat Bersukan Juga

 

Hendak merawat ini macam bersukan juga. Walau pun kita pernah jadi pemain badminton, bola sepak atau muay thai profesional, tapi jika kita sudah berhenti terus segalanya selama 5-6 bulan tanpa sebarang latihan, tiba2 kita diminta bermain di peringkat antarabangsa mewakili negara pada malam ini juga, eloklah jangan. Besar risiko dan besar mudarat untuk diri sendiri dan pihak lain. Jika sekadar perlawanan biasa2 peringkat kampung atau taman perumahan, tak mengapalah. Itu pun tetap masih berbahaya untuk kesihatan.


21/8/22

Bayi2 yang Sakit Berulang-ulang

 

Orang2 dewasa sakit berulang2, memang kita kasihan. Mereka minta khidmat kita, kita cuba usaha dan ikhtiarkan. Tapi apabila kanak2 khususnya bayi2 sakit berulang2, kita yang diminta merawat ini pun terasa luluh hati. Lalu kita pun tolak dan tolak (yang datang menyerbu tanpa temujanji, terpaksalah kita pelawa masuk juga). Tapi semakin ramai pula yang datang, dan dari hari ke hari semakin bertambah (Januari-Mac 2022).


Walaupun bab lain kita adalah sikit2 berjiwa pejuang, tapi bab melibatkan bayi2 ini kita memang lemah. Tak sanggup kita menghadap. Hilang jiwa2 pejuang dah kalau bab yang ini. Hati luluh ni bukan main2 hal, kita nak bacakan doa pun tak lepas. Seolah2 anak kita sendiri pula. Ibu bapa si bayi ok2 sahaja, kita yang perawat pula dok control agar air yang bergenang di mata tak jatuh ke pipi. Mohon maaf ribuan maaf. Kita tak ada kekuatan dalam bab2 begini. Itulah antara faktor sampingan (faktor utamanya lain kali kita cerita jika sesuai) kita berhenti terus merawat sejak akhir Mac lalu.


Walaupun sudah masuk bulan kelima kita berhenti beramal (perubatan) dan mengubat, sesekali tetap ada yang minta bayi2 mereka dirawat. Namun terpaksalah kita tolak dengan baik. Kita beramal pun tidak, bagaimana mahu merawat? Hendak merawat ni bukan boleh mula beramal hari ini lalu esok terus merawat. Dapat 40 hari beramal, baru teguh persediaan kita. Jika kecemasan pun, kurang2 dua minggu beramal dan buat persediaan, barulah kot2 bersedia.


Ibarat pemain badminton, bola sepak atau tinju yang sudah bersara dan stop semua latihan berbulan2, tiba2 dipanggil kerana malam ini juga akan ada perlawanan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Manalah mampu dan memang tidak sesuai! Kurang2 pun 3-4 bulan kena berlatih semula membina diri dari zero.


Ringkas kata, kita memang sudah berhenti daripada merawat. Tambahan pula kita sudah punya urusan lain yang jauh lebih penting daripada itu untuk diuruskan, yang masa untuk itu pun sentiasa tidak mencukupi. Kita terpaksa mendahulukan yang lebih penting berbanding yang penting2.


19/8/22

Sakit Berulang2 Itu Kena DiTangani Puncanya

 

Puan (& keluarga) : Dah berubat merata, tapi dok macam tu la jugak. Elokkkk sat seminggu dua, jadi lagi pulak. Elokkk sat 4-5 hari, dia mai pulak. Macam tuuu la dok berulang2. Dah makan tahun dah ni (*hampir atau lebih setahun). Dengan gangguannya, dengan sakitnya, dengan bergaduhnya kat dalam rumah ni... Dah letih la ustat, dah tak lalu dah nak tanggung semua ni. Kadang2... rasa baik la mati, senang sikit (air mata pun mula berjatuhan).


Hamba : Oih, jangan la macam tu kak! Insya-Allah ada jalan kita. Kalau tak dapat perbaik sepenuhnya pun, dapat kurangkan pun jadi la.


Sebenaqnya, selagi benda yang dah dipermasuk ke tiang seri tu tak dibuang, selagi tu la akan jadi macam ni berulang2. Pulih la rumah 1000 kali pun, berubat la dengan 1000 perawat pun, ringkas kata... akan tetap kena ganggu dan akan selalu sakit berulang2 dan kerap. Yang puan dan keluarga dok buat (berubat sana sini) tu sangat baguih dah tu, tapi bak kata orang - macam menyapu sampah di atas tikaq ja la. Sampah2 berkepuk kat bawah tikaq dok ada kat situ la jugak. Sebab tu la orang lain menyapu rumah sekali sehari tapi kita kena menyapu 10 kali sehari. Orang lain tak sihat 3-4 bulan sekali, kita? 3-4 kali sebulan.


Puan (& keluarga) : Tapi ustat kata... yang kat tiang seri tu dah tak boleh dibuang dah.


Hamba : Pada adatnya macam tu la, melainkan ada berlaku sesuatu keajaiban. Tapi nak berlaku keajaiban ni mungkin 3 orang dalam 1000 orang la. Jangan la dok harap pada keajaiban tu ja. Sebab yang masuk ke tiang seri tu bukan hat yang biasa2. Ini bukan jenih dok atas2 ja tapi nun sampai jauh ke dalam tanah. Bukan melekat pakai gam gajah ka gam kasut ka, tapi siap bersimen konkrit. Pada adatnya, hampir2 mustahil nak dikeluaqkan dah melainkan dibongkaq habih semua sampai ke dalam2 tanah tu. Tapi kalau nak bongkaq semua, memang habih runtuh la rumah. Tapi kalau kita usaha dan ihtiaq bersungguh2, insya-Allah 60-70 peratus kekuatan dia tu boleh kita nyahkan. Dari situlah yang kita ada harapan cerah kot2 nak berasa pulih rumah kita.


Puan (& keluarga) : Jadi....sekarang ni lagu mana ustat? Dulu kami permasuk kat tiang seri tu ingat nak bagi kuat sistem imun rumah, nak jauhkan penyakit, nak bagi sihat badan, nak halang musuh, nak bagi kebai sikit rumah... tapi... dah jadi macam ni pulak jadinya.


Hamba : Allah melalui Nabi Muhammad dah bekaikan kat kita sistem imun semulajadi. Sepatutnya kita pakai hat tu ja la. Kita yakin yang tu, kita perkuatkan yang tu. Dengan amal ibadahnya, doanya, zikir2nya, baca Quran, jaga pemakanan, perkemas saluran angin (udara), perkemas pintu tingkap, bersihkan habuk dan kotoran.... insya-Allah kuat la imun rumah kita, terjauh penyakit2, badan sihat, tak mudah musuh nak ceroboh, seakan2 separuh kebai la jugak. Tak payah nak permasuk apa2 benda dah kat tiang seri tu aih.


Oleh sebab benda dah jadi, nak patah balik tak boleh dah... maka usaha dan ihtiaq kita :

1. Terus la berubat dan pulihkan rumah macam yang kak dan keluarga dok buat sebelum2 ni. Harap2 berlaku keajaiban. DAN...

2. Usaha dan ihtiaq la untuk nyahkan setakat mana yang dapat apa yang dah masuk ke tiang seri tu. Kurang2 pun nak bagi dia lemah, dia kurus, dia tak sihat. Nanti kerja2 dia nak merosakkan rumah kita akan terbantut la, jadi lambat, jadi tak berkesan.


Dalam kedua2 langkah ni, langkah hat yang nombor 2 tu yang lagi penting. Insya-Allah nanti gangguan2 n penyakit2 di rumah tu akan berkurangan, jika berlaku pun lambat2 sekali, dan usia rumah dan para penghuninya boleh dipanjangkan. Kak pun sedia maklum kan, dah berapa banyak rumah yang tiba2 rosak, senget dan tak kurang jugak yang tiba2 runtuh terus kat daerah kita ni ja? Tak campoq dengan tempat2 lain lagi. Yang kaum keluarga saya sendiri pun dah 2-3 bijik rumah dah? Kak pun kenai depa kan? Dan yang lebih penting lagi, jangan la dok ikut cakap2 tok bomoh2 tertentu untuk pi tambah masuk pulak lagi permasuk makhluk2 ke tiang seri tu walau apa pun alasan depa. Yang dok sedia ada pun dah kita tak tertanggung, ni nak pi tambah pulak untuk kesekian kalinya? Lagi la!


Puan (& keluarga) : Tu la ustat oii. Kami tau... Hmm... pasai benda yang dah dimasukkan ke tiang seri tu, nak mintak ustat tolong buatkan boleh dak?


Hamba : Allah... mintak maaf banyak2 la kak oi. Saya memang tak dak ilmu bahagian tu. Kalau setakat benda biasa2 yang dipermasuk macam zaman tok nenek kita dulu, yang tu kot2 saya ada la ilmu sikit2, sebaba ada la berguru jugak. Tapi hat jenis yang sampai jauh "ke dalam" tiang seri ni, saya memang tak dak ilmu. Tak pernah berguru. Guru2 saya dulu pun tak dak ilmu bab ni. Saya tak boleh nak memandai2 sebab memang saya tak tau. Yang saya boleh buat - tolong doa dan buat solat hajat je la. Dan apa2 sunnah Nabi Muhammad yang berkait dengan kesihatan rumah yang kita tau, kita buatlah dan perbanyakkan. Jadi, kak kena cubalah cari2 tengok mana2 pihak yang kot2 boleh.


Puan (& keluarga) : Ustat tak dak ka kenai sapa2 yang boleh?


Hamba : Tak dak kak. Setakat yang buat dakwaan boleh settle masalah ni kat internet tu ada la beberapa pihak. Tapi, saya tak tau sejauh mana betoinya dan berkesannya tu. Jadi, saya pun tak berani nak rekemenkan sapa-sapa. Takut nanti terjadi la apa2 yang tak diingini, orang akan salahkan saya sama.


Perawat (muallij) ni... dan sapa2 pun la walau bukan perawat sekali pun, apa yang kita cadang atau lorongkan orang tu, hasil atau kesannya tu kita kena bertanggungjawab sama. Bukan boleh main lepaih tangan begitu ja. Kalau tak betoi2 cukup pengetahuan, jangan dok memandai nak suruh orang buat itu ini. Lepas tu, bila jadi benda2 buruk, kita dok senyaaap ja. Padahai orang tu dan keluarga dia terpaksa tanggung akibat buruk disebabkan terikut kata2 kita. Kat akhirat sana jenoh nak berjawab kalau tak mau bertanggungjawab di dunia ni.


Jadi, kak dan keluarga kena usaha dan ihtiaq cari sendiri. Satu ja.... kak dan keluarga jangan putus asa. Pada bila2 masa ja Allah boleh tolong kita. Kita tak tau usaha dan ihtiaq kita yang masa satu yang mungkin Allah perkenankan. Sekiranya saya ada dapat tau mana2 pihak yang berkesan membantu dalam masalah ni, insya-Allah saya akan bagitau.


Tentang masalah2 kesihatan yang SEDANG kak hadapi sekarang, saya akan buat prosedur biasalah sebagaimana saya rawat masalah2 kesihatan yang lain. Insya-Allah akan sembuh dalam 2-3 hari ni tapi macam yang kita kata tadi la... selang seminggu dua, tak mustahil ia akan jadi lagi. Mana2 orang yang saya cuba bantu dalam kes camni sebelum2 ni pun, macam tu la jugak nampaknya. Saya boleh tara tu ja.


Puan (& keluarga) : Baik la ustat. Cuba la ihtiaq tengok lagu mana.


*Sepanjang Feb-Mac 2022 yang lalu (ketika sahaya masih merawat), seminggu 2-3 kali dialog yang seakan2 sama sebagaimana yang di atas berulang-ulang, kerana mereka yang hadir berhadapan atau yang meminta nasihat dari jauh itu mengalami "masalah" yang lebih kurang sama sahaja.


19/8/22


Jauh darpada Guru tetapi Berjaya Istiqamah

 

Murid2 yang dekat dengan guru

dan selalu berhadapan dengan guru,

jika mereka istiqamah belajar dan beramal,

hal itu memang hebat.


Tetapi jika murid2 yang berjauhan dengan guru

dan jarang2 dapat berhadapan dengan guru,

lalu mereka juga

berjaya istiqamah belajar dan beramal,

hal itu memang sangat hebat.


21/8/22

Guru, Ilmu, Tariq, Sanad, Sumber dan Amal yang Benar

 

Guru yang benar.

Ilmu yang benar.

Tariq yang benar.

Sanad yang benar.

Sumber yang benar.

Amal yang benar.


Semoga kita mendapat yang benar belaka,

jangan ada yang tidak benar

walau salah satu.


Dan untuk kecemerlangan pula

hendaklah diusahakan dan diikhtiarkan

agar dapat juga

guru yang kukuh,

ilmu yang kukuh,

tariq yang kukuh,

sanad yang kukuh,

sumber yang kukuh,

dan amal yang kukuh.


Inilah usaha dan ikhtiar kita

dari segi syariatnya.

Namun dari segi hakikatnya

tetaplah Allah juga

yang menentukan segala.


19/8/22

Mimpi Terbuang Air Ketika Memandu

 

Orang yang bertanya : Saya bermimpi sedang memandu kereta. Di dalam kereta itu ada keluarga saya. Kami dalam perjalanan menuju ke suatu tempat. Kalau tak salah tempat tu ialah rumah kami sendiri. Tiba2 saya terbuang air besar di dalam seluar. Saya terpaksa menahan kerana macam ada yang hendak terkeluar lagi. Kami berharap biarlah sempat sampai ke destinasi lebih dahulu. Ada maksudkah mimpi ini?


Sahaya : Bila tuan bermimpi tu?


Orang yang bertanya : Semalam ustaz (Sabtu).


Sahaya : Baik. Nanti saya cuba "renung2kan" tafsirannya.


Beberapa minit kemudian...


Sahaya : Sefaham saya, mimpi tuan itu bermaksud dalam bulan ini tuan telah terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk urusan keluarga sehingga hampir2 habis semuanya. Dan sekarang tuan dan keluarga sedang berusaha keras agar dapat bertahan dalam satu minggu ini (kerana bagi kebanyakan orang, gaji mereka akan keluar pada hujung minggu depan). Insya-Allah sempat sampai.


Orang yang bertanya : (Dibacanya beberapa jam kemudian) Betul maksud mimpi tu ustaz. Terima kasih.


21/8/22

Minda yang Miskin

 

Belajar tinggi2,

beli dan baca banyak buku ilmu

tapi kita diamkan ilmu itu apabila melihat kemungkaran

kerana matlamat kita hanya mahu jadi ilmuwan,

dipandang sebagai agamawan,

tinggi kedudukan,

punya ramai pengikut yang berkekalan,

dan membina pendapatan berterusan

serta kalau boleh adalah jawatan.


20/8/22