1.
Kita
tetap MENGAJAK dan MENCEGAH walaupun ada orang2 tak suka kerana...
Allah suka, Nabi suka, malaikat suka, guru suka.
2.
Menang, seri atau kalah,
Allah yang tentukan.
Manfaat
atau mudarat, Dia yang buat.
Berjaya
atau gagal, Dia yang tetapkan.
Namun
usaha dan ikhtiar tetap kita perhebat.
Janganlah
bimbang. Kuatkan semangat!
3.
Di
mana "duduk"mu
ketika
di dunia, sebegitulah "duduk"mu
di akhirat. Usahalah sebelum akhir hayat.
4.
Antara
usaha kaum sufi adalah untuk membawa umat yang belum tahu Allah
kepada tahu Allah, membawa
umat
yang sudah tahu Allah kepada kenal Allah, membawa umat yang sudah
kenal Allah kepada cinta Allah.
5.
Lagi tinggi maqam yang kita daki,
maka
lagi banyaklah ujian yang diberi, lagi banyak
dan lagi besarlah
syaitan2
yang berusaha menjatuhkan.
Teruskan
hadapi, teruskan lalui. Jangan patah semangat, jangan mengalah.
6.
Antara yang sukar untuk diperolehi dalam perjalanan kerohanian ini
ialah keikhlasan dan kesediaan untuk merendah diri.
7.
Daku lebih menyukai 1 orang yang teliti dalam berfikir dan bertindak
berbanding 1000 orang yang hanya menerima, kurang mahu berfikir dan
kurang mahu meneliti tapi cepat mahu bertindak.
8.
Zaman akhir ini, baik perang politik atau perang betul... selalu juga
pada akhirnya ketua2 perang akan saling berjabat tangan malah ada
yang berpelukan (sama ada secara terang-terangan atau secara
gelap-gelapan), tetapi orang2 bawahlah yang akan merana kerana itu
dan ini berkorban dan terkena. Maka hendaklah engkau pertimbang
semula dengan bijaksana.
9.
Usaha
dan ikhtiar kita
hendak
berharap
biarlah
kepada
pihak2 yang boleh diharap. Kepada pihak2 yang sudah
terbukti tidak
boleh
diharap, janganlah
diharap2 lagi.
10.
Kita belajar, kita beramal,
kita
dakwahkan sekadar kemampuan.
Dan
kita ajak pula
saudara2
kita yang lain
untuk
pergi belajar, beramal,
dan
berdakwah sekadar kemampuan.