Orang yang buta mata qalbunya itu biasanya
tidak akan nampak dirinya yang sedang bermasalah atau dirinya yang sedang tersalah
itu sebagai bermasalah atau tersalah, tetapi ia melihat dirinya sedang betul,
sebaliknya pihak2 lain pula yang bermasalah dan bersalah.
Contohnya (sebagaimana yang dibawa oleh Imam
al-Ghazali) : Seorang yang buta mata kepala masuk ke dalam satu rumah orang.
Tiba2 dia terlanggar bekas2 simpanan air di dalam rumah tersebut. Lalu orang
buat itu pun menyalahkan orang2 yang meletakkan bekas2 air itu di situ sebagai
puncanya. Padahal letak duduk bekas2 air itu memang betul di tempatnya. Sepatutnya
punca masalah itu terletak pada diri si buta sendiri, kerana dia yang tidak
nampak tempat2 simpanan air tersebut. Namun si buta tetap menyangka bahawa
dirinya sedang betul.
Dalam kehidupan ini pun sama. Apabila seseorang
itu buta atau sangat lemah mata qalbunya, maka dia yang sedang tersalah akan
terasa dirinya sedang betul, lalu asyik akan menyalahkan orang lain atau pihak2
lain atau benda2 lain.
Sekiranya buta dalam tungku2 agama
atau tungku2 ad-diin, amatlah malang.
i) Orang yang buta dalam tungku al-iman
(aqidah, tauhid wilayah ‘aqal, usuluddin, ilmu kalam), dia akan terasa dirinya
yang tersalah itu sebagai betul.
ii) Orang yang buta dalam tungku al-islam
(fekah, usul fiqh, hukum-hakam), dia akan terasa dirinya yang tersalah itu
sebagai betul.
iii) Orang yang buta dalam tungku al-ihsan
(tasawuf, sufi, tarekat), dia akan terasa dirinya yang tersalah itu sebagai
betul.
iv) Orang yang buta dalam tungku as-sa’ah, dia
akan terasa dirinya yang tersalah itu sebagai betul.
Masalahnya :
i)
Sekiranya pangkat sudah ada dalam al-islam
(jadi ustaz, pegawai), tiba2 nak kena merendahkan diri jadi murid biasa dalam
ilmu al-iman, malulah dia (padahal perasaan dia je).
ii)
Sekiranya sudah punya pengaruh dalam
al-iman (jadi pendakwah terkenal) tiba2 nak kena merendahkan diri jadi murid
biasa dalam ilmu al-ihsan, mana mahunya. Jatuhlah maruah.
iii)
Sekiranya dia dah dipandang sebgai
ulama dalam al-ihsan (jadi guru, jadi mursyid, tok syeikh), tiba2 nak kena
merendahkan diri jadi murid biasa dalam ilmu as-sa’ah, mana mahunya. Ego akan
dipertahankan.
…petikan
Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar,
Januari 2025