Thursday, April 28, 2022

Temu Ghazaliyah - Update 5

 

UPDATE 5 - Berdasarkan pengalaman2 lalu, kali ini kita memang kena buat KATEGORI TETAMU lalu disusun pertemuan2nya. Pernah banyak kali kita berusaha mengadakan pertemuan2 di sana-sini yang tujuannya sudah dinyatakan awal-awal iaitu untuk sesi penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah. Tetapi sebahagian daripada yang buat temujanji dan hadir itu ternyata atas niat dan hajat yang lain. Tidak berkaitan pun dengan tujuan yang kita usahakan.


Dari situ timbullah beberapa masalah. Masalah utamanya ialah kita sudah menafikan peluang orang2 yang benar2 mahu bertemu untuk mendapatkan maklumat tentang Tariqah Ghazaliyah kerana masa yang kita ada dan jumlah tetamu sangat terhad. Ada yang terlepas peluang dan sampai sekarang masih belum dapat bertemu walaupun sudah bertahun-tahun. Kasihan rasanya kepada mereka kerana tempat mereka sudah diambil oleh orang lain.


BERDASARKAN PENGALAMAN :


1. Ada yang datang untuk sembang2 kosong dan kenal2 sahaja. Kita terpaksa layanlah juga. Kita raikan sebagai tetamu ziarah biasa.


2. Ada yang datang dengan tujuan untuk berubat. Ada yang memang tak ambil kisah pun tentang tasawuf. Kita terpaksalah menolak. Kita raikan sebagai tetamu ziarah biasa sahaja.


3. Ada yang datang terus untuk sembang hal yang tinggi2. Dia tak mahu dengar pun tentang Tariqah Ghazaliyah. Kita terpaksalah melayan dan meraikannya sebagai tetamu ziarah biasa sahaja. Kita mengelak daripada berkata2 tentang hal yang tinggi2 kerana kita pun tidak tahu sejauh mana pencapaiannya. Sembang2 tasawuf asas pun kita akan cuba elak. Hanya sembang2 kosong sahaja.


4. Ada yang datang sembang2 dengan tujuan untuk menguji. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Kita tak akan layan ujian2nya, bahkan sembang tentang tasawuf asas pun kita elak. Kita sembang2 kosong sahaja.


5. Ada yang datang dengan niat hujungnya sebenarnya adalah untuk bisnes. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Niatnya pula terpaksalah kita tolak.


6. Ada yang datang dengan niat utamanya sebenarnya untuk mengajak kita supaya menyertai aktiviti atau menyertai perkumpulan/jemaah/aliran yang didukungnya. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Niatnya pula terpaksalah kita tolak.


7. Ada yang datang dengan niat utamanya hendak berdebat. Yang sebegini kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Hajatnya untuk berdialog/berdebat terpaksa kita tolak pada hari itu. Kita akan berbual kosong sahaja. Namun kita sedia berikan kerjasama agar perbincangan untuk itu dibuat kemudian. Kita boleh berhubung kemudian. Dialog/diskusi/debat akan dibuat menurut adab2 perdebatan yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin, dan kita sesuaikan dengan keadaan, dan zaman. Tetapi setakat hari ini hajat mereka hanya terhenti di situ sahaja kerana mereka tidak lagi menghubungi kita kemudiannya.


Ringkas kata, ada orang2 yang mahu datang dengan dengan niat dan hajat yang betul, tetapi tidak dapat datang kerana sesinya sudah diambil oleh orang lain yang datang dengan niat dan hajat yang tak ada kena-mengena dengan matlamat asal kita mengadakan program.


PENGKELASAN TETAMU KALI INI


Begitulah sebelum2 ini. Namun kali ini kita sudah kelaskan tetamu kepada 3 KATEGORI. Semua pun berpeluang hadir (mengikut kelapangan yang ada) iaitu :


i. Kategori A - Untuk yang BUKAN pengamal Tariqah Ghazaliyah (yang bukan di bawah tarbiah kami selama hari ini) datang mendengar penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah


ii. Kategori B - Untuk yang BUKAN pengamal Tariqah Ghazaliyah (yang bukan di bawah tarbiah kami selama hari ini) datang untuk berziarah dan kenal2 sahaja.


iii. Kategori C - Untuk yang MEMANG PENGAMAL Tariqah Ghazaliyah sedia ada (yang memang sudah berada dalam tarbiah kita selama hari ini) datang berziarah dan/atau menambahkan pelajaran Tariqah Ghazaliyah.


Jadi, sekiranya tuan2 berhajat untuk bertemu :

1. Sila nyatakan kategorinya untuk kami cuba susun dan gabungkan dengan tetamu2 lain yang sama niat dan hajat.

2. Nyatakan juga jumlah individu yang berkemungkinan hadir bersama2 anda.


TAMAT

 

28/4/22


***Nantikan update seterusnya. Dan dangan lupa untuk membaca penulisan2 berkaitan sebelum ini di bawah, agar tidak berlaku salah faham.


ASAL-USUL PROGRAM : http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/perancangan-temujanji-urusan2-tariqah.html


PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html


UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html


UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html


UPDATE 3 :http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3_27.html


UPDATE 4 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-4.html




Temu Ghazaliyah - Update 4

 

UPDATE 4 - Sebelum ini kita sudah cuba menentukan bulan dan negeri. Seterusnya hasil musyawarah terkini, kita cuba meletakkan tarikh dan lokasi pula. Namun begitu semua ini belum dimuktamadkan lagi kecuali SIRI 1 di Trong pada Mei 2022


Kita tidak berani untuk memuktamadkan semua sekaligus. Oleh itu selepas ini kita akan cuba untuk muktamadkan tarikh dan lokasi berdasarkan satu siri demi satu siri. Pengesahan akan dibuat selewat-lewatnya DUA MINGGU sebelum tarikh pertemuan sama ada jadi atau tidak.


SIRI 1 - TRONG, PERAK (*Kita muktamadkan yang ini dulu. Yang berhajat untuk hadir boleh maklumkan kepada kami)

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 21 Mei 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 22 Mei 2022)


@@@@@@@@@@

* Siri2 seterusnya di bawah ini baru perancangan awal. Temujanji BELUM DIBUKA.

** Insya-Allah kita akan muktamadkan selewat2nya dua minggu sebelum tarikh.

@@@@@@@@@@


SIRI 2 - BANGI, SELANGOR

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 4 Jun 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 4 Jun 2022)


SIRI 3 - SEREMBAN, N. SEMBILAN

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Isnin 6 Jun 2022)

Sesi 2 - 9.00-11.00 pagi (Selasa 7 Jun 2022)


SIRI 4 - TEMERLOH, PAHANG

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 2 Julai 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 2 Julai 2022)


SIRI 5 - BUTTERWORTH, P.PINANG

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 6 Ogos 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 7 Ogos 2022)


SIRI 6 - KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Rabu 7 September 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Khamis 8 September 2022)


SIRI 7 - BACHOK, KELANTAN

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Khamis 8 September 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Jumaat 9 September 2022)


SIRI 8 - JITRA, KEDAH

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 1 Oktober 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 2 Oktober 2022)


Siri 9 - MUAR, JOHOR

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Isnin 24 Oktober 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Selasa 25 Oktober 2022)


SIRI 10 - IPOH, PERAK

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 5 November 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 6 November 2022)


SIRI 11 - TRONG, PERAK

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Sabtu 3 Disember 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Ahad 4 Disember 2022)


SIRI 12 - BANGI, SELANGOR

Sesi 1 - 9.00 - 11.00 malam (Rabu 14 Disember 2022)

Sesi 2 - 9.00 - 11.00 pagi (Khamis 15 Disember 2022)


28/4/22



***Sila baca update2 sebelum ini agar tidak berlaku salah faham.


ASAL-USUL : http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/perancangan-temujanji-urusan2-tariqah.html


PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html


UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html


UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html


UPDATE 3 :http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3_27.html