Wednesday, October 10, 2012

Lirik Lagu Baru, Siap!


Kemilau Risau dan Hirau

Seseorang manusia fardhu ‘ain atas dirinya
mukasyafah ilmunya dan mua’malah laluannya.
Risau, risau, risau hatiku jikalau tak tahu.

Sifat yang membahagia, sifat mahmudahlah namanya.
Sifat yang membinasa, sifat mazmumah, kenalinya.
Hirau, hirau, hirau kawanku, supaya kau tahu.

Kenali Ilah. Tepati aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Siapa yang engkau sembah
makhlukkah atau Allah?

Tiada sesuatu setara, sebanding sekufu.
Tiada bersekutu, bercerai pun tidak berlaku.
Kifiatnya tiada tahu. Teguhkan di hatimu.


Lagu : Abu Zulfiqar
Lirik : Abu Zulfiqar


*Sebenarnya irama lagu ini sudah sangat lama saya susun, sekitar 17-18 tahun yang lalu. Selepas itu ia dipendamkan sehinggalah beberapa hari lalu saya teringatkannya. Dan pada hari ini barulah saya mengarang liriknya.

Sunday, October 7, 2012

Mati dalam Tidur Itu Syahid?


PERSOALAN :
Assalamualaikum ustad!
Apa pendapat ustaz jika orang meninggal ketika tidur? Betul ke mereka mati syahid?

JAWAPAN :
Tentang meninggal ketika tidur itu mati syahid,saya kira tidak sama dengan mati syahid betul. Sekiranya mati syahid betul, mereka tidak perlu dimandikan.

Mungkin dalam hadis ini ada penjelasannya :
"Barang siapa yang berdoa kepada Allah dengan benar UNTUK MENDAPATKAN MATI SYAHID, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhada walau pun dia mati di atas tempat tidur". (Muslim)

Maksudnya orang yang memang bercita-cita hendak mati syahid (terbunuh) pada jalan Allah tetapi tidak dapat, dia tetap dikira mendapat syahid, Sungguhpun begitu, kedudukannya tetap ada perbezaan.

Abu Zulfiqar