Monday, April 6, 2020

Sahabat Mimpikan Sahaya

Salah seorang sahabat baik sahaya bermimpi (mendapat bushro)….

Dalam sebuah bangunan terbuka dan berpagar, ada ramai orang berserban dan berjubah putih. Ada yang berdiri dalam saf, ada yang duduk dalam saf, dan ada yang mundar-mandir. Sahaya (Abu Zulfiqar) duduk di belakang sekali, di tepi pintu masuk. Di kanan sahaya ada budak dan kiri sahaya pun ada budak. Kepala sahaya tunduk ke bawah sambil menangis teresak-esak, keluar air mata dan air hingus.

Untuk menta’wil, mentafsir atau menta’bir mimpi ini (bagi yang mampu melakukannya, atau untuk yang baru2 mengasah bakat), perkara2 yang perlu diberi perhatian ialah :
1. perlakuan menangis teresak-esak.
2. tentang air hingus (yang keluar dari hidung).
3. kumpulan manusia berserban dan berjubah putih, dan perlakuan mereka.
4. budak di kanan dan di kiri.
5. pintu masuk.
6. bangunan terbuka dan berpagar.

Wallahua’lam.

3/4/2020
7.03 pm

Sunday, April 5, 2020

Mengapa Keluarga Perlu Program Usrah dan Taklim?

Persoalan : Di rumah, kami memang sudah biasa melakukan solat2 fardhu, solat2 sunat, baca Al-Quran, berzikir, berwirid dan bertahajud. Perlukah untuk kami tambahkan dengan halaqah usrah keluarga dan taklim harian keluarga?

Jawapan : Sangat bagus jika dapat ditambahkan. Hal ini adalah kerana aktiviti2 yang disenaraikan itu LEBIH KEPADA amal. Amal-amalnya sudah cantik cuma tarbiahnya yang kurang. Halaqah usrah dan taklim keluarga pula LEBIH KEPADA tarbiah. Selain daripada suasana amal, keluarga juga perlukan suasana tarbiah mingguan dan harian. Tentulah sangat cantik jika kedua-dua suasana amal dan tarbiah dapat dilaksanakan dalam sesebuah keluarga.