Tuesday, August 7, 2012

Tazkirah Facebook 22 (Ogos 7, 2012)


Mahu berkahwin?
Memang baaanyak perkara perlu difikir dan dipertimbangkan.

Sebagai lelaki, ANTARA (maksudnya ada banyak lagi yang lain) fikiran yang sesuai ialah…….
“Mampukah aku mentarbiyyah isteri/ isteri-isteriku nanti?”
“Mampukah aku menjadi contoh yang soleh kepada anak-anak kami nanti?”
“Melihatkan gayanya… mahukah dia/mereka menerima tarbiyyahku?”

Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang yang mesti diambil mulai hari ini.

Sebagai wanita pula, ANTARA fikiran yang sesuai……
“Mampukah dia mentarbiyyah aku nanti?”
“Mampukah dia menjadi contoh yang soleh buat diriku dan anak-anak kami nanti?”
“Melihatkan gayanya… mahukah dia mentarbiyyah kami semua nanti?”

Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang mesti diambil mulai hari ini.

Alhamdulillah syukur.
Setakat ini mana-mana orang yang meminta pandangan saya apabila hendak mendirikan rumahtangga dan saya berikan persoalan-persoalan di atas, tidak kira lelaki ataupun wanita, dan mereka mengambil tindakan/usaha/ikhtiar, nampaknya mereka mendapat jodoh yang baik dan hidup bahagia, sekalipun tidak kaya. Ringkas sahaja panduan yang diberi, tapi ia dapat mempengaruhi hidup kita untuk tempoh yang lama. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
7 OGOS 2012

Friday, August 3, 2012

Ustazah di TV Bertabarruj?


PERSOALAN :
Assalam Ustaz. Nak tanya, ada pandangan yang mengatakan ustazah yang keluar tv pakai lawa-lawa (itu sebenarnya) berniat untukmenarik wanita lain (yang belum menutup aurat dengan sempurna, yang belum bertudung agar) memakai tudung… (supaya nampak ) tidak memberat-beratkan (sangat tentang bertudung)  di zaman ini (kerana kalau memberat-beratkan, dikhuatiri tidak akan membuka hati mereka yang belum bertudung agar bertudung). Sefaham saya yang tiada ilmu ini, ia adalah tabarruj. Mohon ustaz beri pandangan yang tepat. Saya memang kurang arif.
Terima kasih. Wassalam.

JAWAPAN :
Wlksm Mencari Cahaya. Maaf lewat membalas. Tentang isu ustazah di televisyen tu, saya juga punya pegangan yang sama, iaitu mereka sebenarnya bertabarruj. Bukannya mereka dapat menarik orang lain untuk bertudung, tetapi orang yang sudah bertudung sempurna pulak yang akan terikut-ikut fesyen dan penampilan para ustazah itu. Alasan mereka.... "Alah.. ustazah terkenal pun pakai gini gini gini, tentu kita pun boleh." Banyak mudarat berbanding manfaat.

Abu Zulfiqar
3 OGOS 2012