Sunday, September 27, 2026

Bijak Gunakan Mata Aqal dan Mata Qalbu

 

Mata di kepala ini jenis yang sangat lemah. Ia mudah terpedaya. Mata aqal lebih kuat daripada mata kepala tetapi mata aqal juga masih lemah. Banyak perkara yang tidak dapat dicapai oleh mata akal.

 

Mata qalbu pula biasanya orang Nusantara sebut sebagai mata hati. Mata hati lebih kuat daripada mata aqal. Tapi mata hati pun ada batasannya juga.

Oleh kerana akal kita ini sangat lemah, maka ada hal2 yang idka dapat kita capai dengan akal fikiran. Ada perkara2 yang tidak akan mampu kita faham menggunakan akal fikiran. Hal2 yang tidak boleh dicapai dengan akal fikiran, kita jangan cuba hendak mencapainya dengan akal fikiran kerana ia boleh membuatkan kita salah jalan.

 

Ada orang2, hal2 yang tidak dapat dicapai oleh mata tetapi dia hendak capai juga menggunakan mata. Akhirnya rosak binasa, rugi, atau pun tersalah jalannya. Ada orang2, hal2 yang tidak dapat dicapai oleh akal, dia hendak guna akal juga. Maka akan rosak binasa, rugi, ataupun tersalah jalannya.

 

Allah memang suruh kita gunakan mata, tetapi pada tempat2 yang sesuai dengannya. Jika kita cuba juga hendak melihat matahari lama2, mata kita akan rosak binasa. Jika kita cuba juga hendak membaca tulisan yang sangat jauh lama-lama, kita akan stress, pening kepala, sakit kepala. Jika kita cuba juga hendak tengok pemandangan di sebalik dinding batu, kita akan rugi, kerana sampai bila2 pun kita tidak akan nampak. Melainkan kita kena bergerak, kena berubah tempat, atau pun kita gunakan alat. Contoh alatnya – kita guna cermin, atau guna kamera cctv dsb.

 

Allah memang suruh kita gunakan akal, tetapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal.. Kita dilarang menggunakan akal untuk menggambarkan macam mana “rupa” Allah, kita dilarang gunakan akal untuk memaham sepenuhnya takdir Allah melainkan kita kena percaya sahaja (yakni kena mengimaninya),

kita dilarang gunakan akal untuk memahami kerja2 Allah sepenuhnya, kita dilarang gunakan akal untuk mempertikaikan hukum-hakam Allah yang sudah ditetapkan. Contohnya masa kita hendak solat, kita terbuang angin. Kita tidak  pergi basuh punggung, tapi kita pergi ambik wudhuk lain. Kita pergi basuh muka, basuh tangan, basuh kepala dan basuh kaki.

 

-          Petikan kuliah kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) episod 3 oleh Dzul al-Ghazali

Penglihatan Zahir dan Penglihatan Batin

 

Sekurang2nya ada dua jenis penglihatan iaitu :

i) Penglihatan jenis pertama : penglihatan menggunakan mata luaran, atau mata zahir iaitu mata di kepala kita.

ii) Penglihatan jenis kedua : penglihatan menggunakan mata dalaman, atau mata batin iaitu mata yang di dalam diri kita.

Maksudnya, kita ini ada dua jenis mata.

 

Sekiranya hendak diperincikan lagi, mata batin itu boleh dipecahkan kepada dua jenis mata batin iaitu :

a) mata batin jenis yang pertama : namanya mata ‘aqal

b) mata batin jenis yang kedua : namanya mata qalbu (atau disebut juga sebagai mata hati)

 

Mata ‘aqal ini adalah lebih hebat lagi daripada mata kepala. Dan mata qalbu pula adalah lebih hebat lagi daripada mata ‘aqal. Namun, untuk memendekkan cerita, biasanya mata ‘aqal dan mata qalbu ini disekalikan sahaja. Ia disebut sebagai MATA BATIN.

 

Jadi, mata yang paling bawah kualiti dia ialah mata kepala. Mata yang peringkat pertengahan ialah mata ‘aqal. Dan mata peringkat yang lebih tinggi ialah mata qalbu.

 

-         Petikan kuliah kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) episod 3 oleh Dzul al-Ghazali

Mencari Ilmu Tentang Nur?

 

Ilmu tentang nur ini tidak dihurai dalam pelajaran tungku al-islam iaitu fekah. Ilmu tentang nur ini tidak dihurai panjang dalam pelajaran tungku al-iman iaitu ‘aqidah. Ilmu tentang nur ini juga tidak dihurai dalam pelajaran tungku as-sa’ah, iaitu akhir zaman dan zaman akhir. Ilmu tentang nur ini hanya dihurai panjang dalam pelajaran tungku al-ihsan, iaitu tasawuf, sufi, dan tariqah. Begitulah secara ringkasnya. Maka, jika kita hendak mencari sesuatu, carilah pada tempatnya. Jika kita mencari pada yang bukan tempatnya, tidak dapatlah jumpa.

 

Contohnya  : Kita nak beli ikan tapi kita pi cari kat kedai basikal. Pada adatnya, tak akan jumpalah ikan.

 

Dan, ilmu tentang nur ini ada juga dihurai dalam pelajaran ilmu alam Imam al-Ghazali.

 

-         Petikan kuliah kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) episod 3 oleh Dzul al-Ghazali