Friday, February 9, 2024

Peraturan2 Agama Bukan untuk Dipilih2

 

Peraturan2 agama ini merupakan peraturan2 yang ditetapkan oleh ALLAH. Oleh sebab itu kita terima semua dan pegang teguh2 semua, sama ada dalam perkara2 yang kita SUKA atau yang kita TIDAK SUKA, dalam hal2 yang kehendak hawa nafsu kita suka atau yang kehendak hawa nafsu kita tidak suka, dalam hal2 yang sedap dengan selera kita atau yang tidak sedap dengan selera kita. Kita tetap terima semua, bahkan memang mesti pun terima semua. Kita TIDAK PILIH2, tidak boleh pilih2, dan tidak akan pilih2.


Namun kita tahu, faham lagi sedar bahawa zaman-berzaman sebahagian daripada umat akan PILIH2. Mana2 peraturan agama yang sedap pada dirinya, akan diterimanya. Mana2 peraturan agama yang tidak sedap pada dirinya, akan dibantahnya. Peraturan2 Allah yang kena dengan kehendak hawa nafsunya, akan disambutnya. Peraturan2 Allah yang tidak kena dengan kehendak hawa nafsunya, akan ditolaknya.


Di sinilah wujud bahaya yang amat besar. Tanpa disedari, mereka sebenarnya tidak menerima peraturan2 Allah kerana sudah punya peraturan2 yang direkacipta oleh DIRI SENDIRI. Mereka sedang bersaing dengan Allah. Mereka menganggap ada ilmu dan peraturan2 Allah yang tidak benar, tidak sesuai, lemah, ada kurang, atau punya keburukan/ mudarat. Maha Suci Allah daripada semua kelemahan itu. Sebaliknya merekalah yang lebih berilmu, lebih bijak, lebih benar, lebih bagus pertimbangan dan sebagainya berbanding Allah SWT. Mereka sendirilah yang lebih bagus dalam membuat peraturan dan menentukan mana yang bagus mana yang tidak.


Maka kita sama2 pelajari dan dalamilah ilmu aqidah (tiang al-iman), nescaya kita akan akur lagi tunduk patuh.

Tambahilah dengan ilmu tasawuf (tiang al-ihsan), nescaya kita akan suka, sayang dan sampai ke tahap cinta akan peraturan2-Nya.


Ada orang2 yang patuh kerana terpaksa. Namun sekurang2nya mereka tetap patuh. Mereka bukan golongan yang pilih2.

Ada orang2 yang patuh kerana takut berdosa. Ini sangatlah bagus.

Ada orang2 yang patuh kerana mengharapkan pahala. Ini memang disuruh.

Ada orang2 yang patuh kerana berasa bertanggungjawab. Ini amat baik.

Bagi ahli2 tasawuf (sufi) pula, mereka patuh kerana sudah jatuh suka, jatuh kasih sayang, bahkan jatuh cinta akan Allah dan peraturan2-Nya.


Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada termasuk ke dalam golongan yang pilih2.

Dan semoga Allah angkat darjat kita lalu termausk ke dalam golongan yang cinta kasih.


9/2/24

No comments: