Sunday, February 18, 2024

Ilmu Terus daripada Allah?

 

Guru sahaya Ustaz Muhammad Salleh pernah menceritakan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berada di Singapura telah didatangi oleh seorang hamba Allah. Mereka pun berbual2 tentang banyak perkara. Kemuncak dialog mereka adalah (lebih kuranglah dalam gaya bahasa orang zaman belakangan ini) sebagaimana berikut :


Hamba Allah : Kami tidak perlukan guru dan kitab kerana kami mendapat ilmu terus daripada Allah.

Syeikh Muhammad : Orang2 lain pun ada (ilmu tersebut).

Hamba Allah : (Terdiam kerana mungkin jawapan sebegitu tidak disangkanya).

Syeikh Muhammad : Bahkan mereka ada empat sekaligus. Kan sumber ilmu itu ada empat? 1. Daripada diri sendiri (dalaman diri, tafakkur, dari dalam dikeluarkan) 2. Daripada guru (dan daripada diri2 yang lain, dari luar ke dalam) 3. Daripada bahan2 (kitab, buku, tulisan, alam sekeliling, termasuklah pelbagai media hari ini, dari luar ke dalam) 4. Terus daripada-Nya.

Hamba Allah : (Seperti kebingungan. Mungkin jawapan sebegitu juga tidak diduganya)


Tamatlah perbicaraan bab itu lalu mereka pun berbual tentang hal2 lain.


HARI KEDUA


Esoknya si hamba Allah datang lagi. Dia belum berpuas hati. Pada mulanya mereka berbual tentang hal2 lain. Dan kemuncak perbicaraan mereka adalah :


Hamba Allah : Jika kita sudah mendapat ilmu terus daripada Allah, apa gunanya guru dan kitab lagi?

Syeikh Muhammad : Ada ilmu yang terdapat pada guru tapi tiada dalam kitab. Ada ilmu yang terdapat dalam kitab tapi tiada datang secara terus daripada Allah pada ketika itu. Ada ilmu yang terdapat dalam diri tapi tiada dalam kitab. Ada ilmu yang datang terus daripada Allah tapi tiada pada guru. Begitulah seterusnya. Jika kita boleh mendapat rezeki melalui keempat2 pintu, Allah yang anugerahkan jalan2 rezeki itu, mengapa kita perlu pilih satu sahaja?

Hamba Allah : (Terdiam lama. Berfikir2)

Syeikh Muhammad : Anta berfikir lama. Mengapa anta perlu berfikir lama? Mengapa tidak gunakan sahaja ilmu terus daripada Allah yang anta kata anta dapat itu? Anta datang ke sini pun tentunya dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan lanjut berkaitan perbicaraan kita semalam. Apa perlunya anta datang untuk itu jika anta sudah punya ilmu terus daripada Allah?

Hamba Allah : (Terdiam sebentar lalu tertawa bersama-sama Syeikh Muhammad).


Kemudian perbulan mereka pun berubah ke hal2 lain.


HARI KETIGA


Esoknya dia datang lagi. Sembang punya sembang, kemuncaknya :


Hamba Allah : Setelah saya renung2kan (fikir2kan – guna fikiran juga), memang benarlah apa yang kiai katakan semalam itu. Cuma ana mahu bertanya tentang satu perkara lagi. Bukankah ilmu daripada Allah itu sudah mencakupi segala ilmu termasuklah ilmu2 yang ada pada diri kita, pada guru2 kita dan pada kitab2?

Syeikh Muhammad : Baiklah. Di almari saya itu ada banyak kitab pelbagai cabang ilmu. Sekarang cuba anta keluarkan segala hal ehwal ilmu faraid menggunakan ilmu terus daripada Allah yang anta miliki itu. Boleh? Ana boleh keluarkan pada bila2 masa kerana ada belaka dalam kitab2 di almari itu. Tanpa merujuk kitab2 itu pun insya-Allah boleh ana keluarkan daripada ilmu dalam diri ana. Anta bagaimana? Boleh keluarkan sekarang ilmunya?

Hamba Allah : (Terdiam dan mengangguk-angguk. Apa maksud anggukannya itu, tiadalah jelas ertinya).

Syeikh Muhammad : Ilmu terus daripada Allah itu bukannya sentiasa tiba, dan bukan dalam segala hal agama. Tahap kebersihan dan ketepatannya pun mengikut keadaan diri si penerima.

Hamba Allah : Tapi kan, mungkin ilmu2 terus daripada Allah itu berkaitan hal ehwal keruhanian sahaja.

Syeikh Muhammad : Kalau begitu, cubalah kahabarkan kepada ana tentang keruhanian pada maqam kamaluddin atau sekurang2nya akhiruddin. Ana tidak maksudkan dengan maqam awwaluddin (ma’rifatullah).

Hamba Allah : Bukankah awwaluddin ma’rifatullah itu maqam yang tertinggi?

Syeikh Muhammad : Namanya pun AWWAL. Bgaimana boleh jadi yang tertinggi? Maqam awwal itu memang anak tangga tertinggi bagi orang awwam tetapi hanya anak tangga pertama bagi sufi. Selepas awal, ada tengahnya, ada akhirnya dan ada kamalnya.

Hamba Allah : Oh, ana tidak pernah tahu!

Syeikh Muhammad : Gunakanlah keempat2 pintu rezeki, insya-Allah akan dapat tahu, dapat kenal, dapat alami, mengikut rezeki masing2. Bagaimana anta yang mengaku menggunakan ilmu terus daripada Allah sahaja itu boleh tidak tahu akan hal2 keruhanian ini?

Hamba Allah : ...................

Syeikh Muhammad : Jadi, berapa lama yang anta perlukan untuk menerima ilmu terus daripada Allah berkaitan hal ini lalu boleh mengkhabarkannya kepada ana? Dengan syarat – tidak boleh bertanya kepada sesiapa atau merujuk apa2. Hanya guna ilmu terus daripada Allah sahaja. Boleh sekarang? Dua jam? Dua hari? Dua bulan? (Sepatutnya pada waktu itu jugalah boleh dikeluarkannya).

Hamba Allah : (Setelah sepi beberapa lama) Tak mengapalah kiai. Nanti saya datang lagi insya-Allah. Suka rasa hati ana berbual dengan kiai.

Syeikh Muhammad : Baiklah. Silakan. Cuma satu pesanan ana, ilmu terus daripada Allah itu bukanlah sebagaimana yang difahami atau disangka2 oleh kebanyakan orang. Ia punya maksud yang tersendiri dalam dunia tasawuf ini. Orang2 yang kenal malah mempunyai ilmu tersebut pastinya tidak akan meninggalkan yang 3 lagi iaitu diri, diri2 dan bahan2. Jika benar sekalipun kita memang mempunyai ilmu terus daripada Allah, eloklah kita merendah diri dan disimpan senyap2 sahaja.


Sejak hari itu si hamba Allah tidak datang2 lagi menemui Syeikh Muhammad.


18/2/24


No comments: