Friday, February 9, 2024

10 TAZKIRAH PENDEK – Himpunan Februari 2024 (3)

 

1. “Kita nak dapat keredhaan manusia ni ustaz, kita kena ikut sama buat benda tak elok sikit. Baru orang mau bergaul dengan kita. Baru kita ada ramai kawan,” berkata seorang remaja. Allah... sudah kacau pemikirannya...


2. Memang sukar untuk engkau katakan TIDAK kepada godaan2 dunia, apatah lagi jika engkau bersendirian atau tidak ramai. Moga Allah tetapkan hati.


3. Takut akan makhluk, kita usaha menjauh. Tapi takut akan Allah, kita usaha “mendekat”.


4. Allah dan Rasul khabarkan tentang maut, barzakh, akhirat dsb agar kita berusaha buat persediaan. Begitu juga dengan zaman akhir dan fitnah2nya. Jangan kita takut tidak memasal dan lalai pula daripada membuat persiapan yang sewajarnya.


5. Bertemu dan berkumpul betul2 kerana Allah itu sangatlah indah walaupun sebentar, jarang2, dan tidak mewah.


6. Terkenang zaman remaja - ikrar silat xxxxxxx – Akan tetap pertahankan kebenaran sekalipun atasan dan bawahan saya berpendirian sebaliknya.


7. Jika kita tidak bersalah, jangan khuatir nanti di depan Allah. Jika di dunia kita teraniaya, di depan Dia pasti terbela.


8. Bersedia menghampiri tua – banyaklah tenangnya. Takut dan mahu lari dari tua – banyaklah gelisahnya.


9. Ada banyak sebab beramal. Ada kerana terpaksa, kerana taat, rasa tanggungjawab, mahu sesuatu, suka, sayang, dan cinta.


10. Dada (qalbu) orang2 yang memiliki ilmu2 agama itu menjadi kuburan kepada ilmu2 khusus yang ada pada mereka. Terkuburlah ilmu2 tersebut dengan matinya mereka, melainkan sempat diwariskan kepada murid2 mereka.


No comments: