Friday, February 9, 2024

Ilmu dan Amal Banyak tapi Hati Masih Gusar

 

Ilmu-ilmu agama dan amal-amalku bertambah dengan pesatnya, tetapi hatiku tetap gusar seperti sebelum-sebelum ini juga. Mengapa ya?


Antaranya kerana selama ini engkau mengabaikan ilmu2 dan amal2 tentang pengurusan hati (qalbu), iaitu al-ihsan (tasawuf). Engkau menganggap ia sekadar tambahan, bukan pemberatan. Engkau mengangap ia pilihan, bukan kemestian.


Walau ilmu agamamu setaraf super 'ulama dan amal-amalmu sebanding super 'abid, tanpa selok-belok jalan tasawuf, hatimu akan tetap keras kasar dan gusar sehinggalah ke matimu. Selalu juga orang tidak menyedari akan keras kasar dan gusar hatinya sehinggalah ke akhir hayatnya.


Tidak belajar, tiadalah tahu.
Tiada tahu, tiadalah faham.

Tiada faham, tiadalah sedar.

Tiada sedar, tiadalah tindakan.
Tiada tindakan, tiadalah rasa.

Tiada rasa, tiadalah "sampai".


12/1/24

No comments: