Tuesday, February 6, 2024

Apa Isi Kandungan Pengajian Intensif Aqidah Al-Ghazali?

 

Seorang hamba Allah bertanya tentang isi kandungan pengajian intensif ilmu al-iman (aqidah) Imam al-Ghazali. ANTARA isi kandungannya ialah :


Di mana sumber asal sukatan pelajaran aqidah (tiang al-iman) Rukun 3 Imam al-Ghazali ini??

Siapakah antara tokoh2 besar dalam ilmu al-iman ini?

Apakah perbezaan antara ilmu aqidah, ilmu usuluddin dan ilmu kalam?

Apa kegunaan ilmu ini? Apa kemungkinan yang akan terjadi jika kita tidak ada ilmu seumpama ini?

Apa itu zat, sifat dan af’al?

Apakah itu 7 Petala Al-Ihsan (7 Petala Tauhid & Tasawuf)?

Di manakah kedudukan ilmu al-iman atau ilmu ‘aqidah ini dalam 7 petala keruhanian?

Apakah 4 Sekawan Menuju Awwal (menuju permulaan)? Apakah 4 Sekawan Menuju Kamal (menuju kesempurnaan)?

Apa itu liqa’ dan talaqqi? Apa itu suhbah? Apa itu sanad? Mengapa sanad ilmu itu penting?

Apakah dua jenis tauhid?

Bagaimanakah sanad ilmu aqidah Imam al-Ghazali (Rukun 3) ini?

Apakah persamaan dan perbezaan antara sukatan pelajaran aqidah Rukun 3 Imam al-Ghazali dan sukatan pelajaran aqidah Sifat 20?

Bagaimana jika seseorang itu tidak percaya akan Al-Quran dan al-hadith? Bahkan tidak percaya akan sebarang kitab. Apa bukti2 yang boleh kita berikan?

Apa itu azali? Apa itu qadim? Apa itu baharu?

Apa itu ‘Arasy?

Bagaimanakah sejarah dan permasalahan sifat Pe?

Bagaimanakah mengEsakan Zat, Sifat dan Af’al?

Apa itu bahasa dalam atau bahasa halus ahli2 tauhid dan ruhani?

Apakah tujuan ahli-ahli sufi menggunakan bahasa halus?

Mengapa kita kena ambil tahu juga tentang bahasa dalam/ halus? Apakah bahayanya jika kita tidak ada atau kurang ada ilmu tentang bahasa dalam ini?

Bagaimanakah seni berbahasa halus?

Bagaimanakah memahami syariat dan hakikat?

Apakah peranan bahasa halus kaum sufi dalam hal ehwal syariat dan hakikat ini?

Bagaimana memahami syariat dan hakikat melalui diri?

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada tersilap dalam menanggapi syariat dan hakikat?

Apa itu Jalan Adamiyah dan Jalan Iblisiyah?

Bagaimanakah kaitan bahasa halus (bahasa dalam) dengan aqidah, tauhid dan tasawuf?

Bagaimana yang dikatakan terhenti/ tersangkut pada maqam awal (awwaluddin ma’rifatullah)?

Bagaimana memahami bahawa Allah Maha Adil bukannya zalim (walaupun Allah yang menentukan segala-galanya)?

Apakah hujah2 dan sandaran2 kita dalam menghadapi golongan yang menolak/ mengabaikan/ menafikan syariat?

Apakah hal2 (takdir) yang boleh dan yang tidak boleh berubah dengan doa?

Siapakah orang2 yang terpedaya dalam hal ehwal aqidah dan tauhid ini? Apa kesilapan mereka?

Apa itu ajaran Muktazilah dan apakah bahayanya?

... dan banyak lagi. Semuanya dalam pengajian intensif ilmu al-iman (aqidah) aliran Imam al-Ghazali.


1/2/24

No comments: