Thursday, April 27, 2023

Selesai Dakwah WhatsApp Ramadhan dan Syawal

 

Dengan tibanya Syawal, maka dakwah ringkas harian kami (terutamanya perkongsian2 ikhwah Tariqah Ghazaliyah) di serata WhatsApp akan kembali ke satu sesi sahaja semula iaitu sesi pagi, sebagaimana pada bulan2 selain Ramadhan dahulu.


Dakwah ringkas sesi pagi sudah sampai siri (hari) ke-334.


Menjelang bulan Ramadhan tempoh hari, kami mendapat permintaan daripada sebahagian warga WhatsApp agar ditambahkan bahan2 dakwah ringkas harian. Oleh itu kami tambahkan posting untuk sesi petang pula yang berisi ilmu2 ringkas sempena Ramadhan (daripada Imam al-Ghazali, 40 gambar), ilmu2 ringkas sempena Syawal (daripada Imam al-Ghazali, 15 gambar), tazkirah2, info2 pengetahuan am, dan humor2 ringan sebagai suntikan ceria setiap petang. Jadi setiap hari ada dua waktu post iaitu pagi sekali dan petang sekali.


Hanya sekadar itu yang dapat kami hadiahkan buat semua dalam dakwah di WhatsApp.


Insya-Allah posting2 petang akan kembali lagi pada Ramadhan tahun yang akan datang pula.


Selamat menyambut Hari Lebaran. Maaf zahir dan batin.


No comments: