Friday, April 7, 2023

Contohi yang Baik2 Sahaja daripada Orang2 Agama

 

Yang sangat patut dicontohi daripada orang2 agama itu ialah hal2 yang baik dan yang menguatkan - sahaja. Yang salah dan yang melemahkan daripada mereka, bukan untuk ditonjolkan atau dicontohi. Baik hal yang melemahkan diri sendiri atau yang melemahkan agama dan umat.


Namun yang salah dan yang lemah itulah yang sebahagian daripada ahli masyarakat kadang2 suka untuk ditonjol2kan, dijadikan hujah dan dijadikan ikutan. Mengapa ya? Kerana hal2 yang salah dan yang melemahkan itu sangat sedap pada kehendak hawa nafsu ahli2 masyarakat itu.


Kesalahan dan kelemahan mereka bukan untuk dijadikan teladan tetapi dijadikan sempadan. Kebenaran dan kekuatan merekalah yang sepatutnya djadikan contoh dan ikutan.


7/4/23

No comments: