Thursday, April 27, 2023

Mimpi Malam 28 Ramadhan 1444/2023M

 

Mimpi malam 28 Ramadhan 1444 (2023 M).


Ada mimpi yang kita tidak sedar bahawa kita sedang berada dalam mimpi. Jenis ini yang biasa berlaku. Ada pula mimpi yang ketika itu kita tahu bahawa kita sedang di alam mimpi. Malam semalam sahaya mendapat satu mimpi jenis pertama iaitu tidak tahu bahawa itu mimpi, bahkan terasa seperti betul2 sedang berlaku di alam nyata.


Dalam mimpi itu, sahaya mendongak ke langit pada waktu malam Ramadhan. Langit cerah dan ada banyak bintang. Dan di tengah2 langit itu ada serangkap tulisan besar bercahaya2 dan sedikit berwarna-warni dalam tulisan Arab. Sahaya sangat terkejut dan sangat terpesona melihat betapa cantiknya tulisan itu yang seolah-olah tergantung di langit. Oleh kerana sangat cantiknya tulisan2 itu sehinggakan sahaya tidak sempat membacanya. Jika sempat pun, sahaya sudah lupa apa yang dibaca itu.


Apabila saya tersedar daripada terpesona itu, sahaya terus mengeluarkan telefon lalu menangkap gambarnya sebagai bukti yang sahaya tidak mengada2kan cerita. Dapat gambarnya. Sahaya sangat bersyukur.


Tiba2 tulisan di langit itu tadi bertukar dengan serangkap lagi tulisan. Dengan pantasnya sahaya terus ambil gambar. Sebaik2 sahaja dapat gambar yang kedua itu, mimpi sahaya pun tamat.


Begitulah secara ringkasnya. Perinciannya tidaklah sahaya panjangkan di sini. Wallahua'lam.


19/4/23

No comments: