Friday, April 7, 2023

Nama2 Singkatan Popular di Malaysia

 

Antara nama2 pendek pilihan ramai di negara kita ini zaman-berzaman ialah Mi, Mat, Man, Li, Lan, Din dan Zul. Oleh kerana banyakya orang yang menggunakan nama2 ini, biasanya ada gelaran di belakang nama tersebut seperti Mi Renjong, Mat Jebon, Man Laksa, Li Sendo, Lan Taro, Din Mayat dan Zul Kapan. Juga ada yang agak popular (campuran antara nama2 lama dan yang baru) seperti Min, Lah, Mamat, Hafiz, Shahrul, Udin, Aiman dan lain-lain. Bulan2 puasa ni tersenyum terkenang kawan2 zaman kanak-kanak dan remaja. Macam2 gelaran dok ada.


5/4/23

No comments: