Thursday, April 27, 2023

Muslim Indonesia yang Beraya Lebih Awal Sehari Dua

 

Sebahagian daripada umat Islam di Indonesia termasuklah sahabat2 daripada sebahagian Tarekat Syattariyah dan Tarekat Naqsyabandiyah sudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada hari ini, Khamis. Ada sahabat dari tanah seberang bertanya, bilakah Tarekat Ghazaliyah di Malaysia menyambut Hari Raya? Insya-Allah kami menyambut lebaran pada Sabtu ini sebagaimana yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja2.


Kami daripada Tariqah al-Ghazaliyah mendahulukan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Taqabballallahuminna waminkum. Mohon maaf zahir dan batin.


20/4/23

 

Hari ini (Jumaat) pula lebih ramai lagi umat Islam di seluruh dunia termasuk pelbagai tariqah yang menyambut 1 Syawal. Sebagaimana semalam, kami dahulukan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga seluruh umat sejahtera hendaknya. 

No comments: