Saturday, April 15, 2023

Berumah di Tepi Pantai Kesufian

 

Hendak berumah di tepi pantai tetapi tidak sanggup dipukul ombak, atau hanya sanggup main ombak kecil2 sahaja... manakan dapat berumah di tepi pantai jika setakat itu sahaja tekad dan kemampuannya. Di tepi pantai ombaknya besar2 dan kadang kala jadi sangat besar. Kita mungkin dilanda ombak dan mungkin dilambung ombak. Maka hanya yang terpilih sahaja yang sanggup berumah di tepi pantai. Sebab itulah jumlahnya tidak ramai.


Begitu jugalah keadaannya dalam TST (tasawuf, sufi, tarekat). Ramai yang berangan2 mahu "berumah di tepi pantai" tetapi baru "mendengar bunyi ombak sahaja" sudah kecut perutnya. Lihat "ombak" dari jauh sahaja pun sudah menggeletar kaki lalu berundur lari. Maka tinggallah angan-angan sahaja, bukannya cita-cita.


Berumah di tepi pantai itu baru awwaluddin (ma'rifatullah).

Mula berperahu di laut cetek baru nisf ad-diin.

Mula belayar ke tengah laut dan ke laut dalam baru akhir ad-diin.

Menyelam ke dasar laut itulah kamal ad-diin.


Daripada syariat menuju tarekat menuju hakikat menuju makrifat (awwal).

Daripada makrifat (awwal) menuju nisf menuju akhir menuju kamal.


Antara yang paling penting dalam perjalanan keruhanian ini ialah "pakaian" ikhlas dan "bekalan" berani. Jika tiada ikhlas atau kurang ikhlas atau tidak cukup ikhlas, dan tiada berani atau kurang berani atau tidak cukup berani, biasanya paling jauh akan tersangkut pada ma'rifatullah (awal) sahaja. Lebih ramai lagi yang tersangkut pada level2 sebelum ma'rifah.


Jadi, boleh merancang2 sasaran sama ada untuk sekadar berumah jauh dari pantai, atau berumah di tepi pantai, atau sampai belayar di pinggir laut, atau belayar menjelajah laut, atau sehingga menyelam ke dasar laut.


15/4/23

 

*Ma'rifah = baru kenal pantai dan laut

No comments: