Wednesday, April 19, 2023

Raya Kali Ini Mungkin Kurang Sikit

 

Raya kali ini, banyak orang yang tidak sesenang raya2 sebelumnya. Boleh sahaja kita setkan minda siap2 tahun ini agar kita akan berasa ok2 sahaja nanti sepanjang musim Hari Raya ini. Umumnya, antara 10 KEMUNGKINAN besarnya :


1. Kali ini duit raya akan kurang sikit, kurang banyak, atau mungkin juga tiada langsung. Ok2 je.


2. Kuih/biskut/hidangan raya akan kurang sikit dari segi kualiti (mutunya), kuantiti (jumlahnya) dan jenis (anekanya). Ok2 je.


3. Orang akan kurang terima tetamu.


4. Orang akan kurang pergi berziarah. Baik jadi tuan rumah atau jadi penziarah, kedua-duanya ada "makan modal". Maka kita ok2 je.


5. Bertambah orang2 yang akan mula puasa 6 atau ganti puasa awal yakni bermula 2 atau 3 Syawal.


6. Ada rumah2 yang tidak berapa bersedia untuk menerima tetamu. Umumnya kita beri salam 3 kali maksima. Jika tiada jawapan, kita bersangka baik dan beredar dengan senang hati. Doakan yang baik2 dan indah2 buat tuan rumah seisi keluarga. Jangan buat tuan rumah jadi serba-salah. Mesti ada sebab. Kita jangan "memaksa" tuan rumah menerima kita sebagai tetamu. Telefon atau mesej sekali dua sudah. Jika tak berjawab juga, kita dahulukan sangka baik dan terus doakan yang baik2 dan indah2 untuk mereka. Tak mustahil doa kita yang terpilih untuk dikabulkan oleh Allah.


7. Ramai orang akan pakai baju raya tahun2 lepas, atau baju 2 bukan raya tapi kali ini dikenakan sebagai baju raya. Kita ok2 je.


8. Akan kurang rumah terbuka. Jika ada pun, sebahagiannya tidak sehebat sebagaimana sebelum2 ini. Ok2 je.


9. Semakin bertambah rumah2 separuh terbuka, yang undangannya untuk orang2 tertentu sahaja. Kita faham dan ok2 je.


10. Wajah tuan rumah tak berapa nak ceria. Wajah tetamu pun ada juga. Kita ok2 kan je.


Begitulah antaranya. Yang pentingnya, kita kena saling berusaha untuk memaham dan menerima. Insya-Allah raya tetap meriah, cuma bagi sebahagian orang akan "kurang sedikit" berbanding sebelum2 ini.


*Banyaknya "ok2" :)


19/4/23

No comments: