Wednesday, January 26, 2022

Mengapa Fitnah Pada Zaman Akhir Lagi Dahsyat?

 

Soalan : Satu soalan lagi ustaz tentang zaman akhir. Mengapa fitnah pada zaman akhir ini lagi dahsyat kalau nak dibandingkan dengan fitnah2 zaman dahulu?


Jawapan : Antaranya, saya bawakan satu jawapan yang dibawakan secara turun-temurun dalam Tariqah Ghazaliyah ini melalui sanad-sanadnya iaitu, "...kerana ketika itu bergabungnya Namrud, Fir'aun, Hirudis, Abu Jahal dan lain-lain."


Ilmu zaman akhir yang di atas ini mungkin tidak berapa difahami oleh orang-orang sebelum kita kerana semua orang2 zalm itu sudah tiada, tetapi zaman kini insya-Allah kita dapat menangkap ertinya.


Dahulu kala, para pemerintah yang disebutkan tadi umumnya bertindak secara berseorangan. Contohnya Kerajaan Namrud berusaha untuk menghabisi Nabi Ibrahim. Kerajaannya tidak bergabung dengan kerajaan besar (lagi zalim) yang lain.


Kini, walaupun Namrud dan lain-lain itu sudah sangat lama meninggalkan kita, tetapi peribadi dan kerajaan yang sama seperti itu tetap masih ada, cuma berbeza dari segi nama-nama sahaja. Ada Namrud zaman akhir, Fir'aun zaman akhir, Hirudis zaman akhir dan sebagainya. Dan ada juga kerajaan Babil zaman akhir, kerajaan Fir'aun zaman akhir, kerajaan Abu Jahal zaman akhir, Parsi, Rom, Yahudi dan sebagainya.


Perlu diingat bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak semestinya sedang berada di lokasi asal kerajaan2 itu dahulu kala. Ada yang masih di lokasi asal. Ada yang pusatnya tidak di lokasi asal tetapi wilayahnya masih sampai ke lokasi asal. Ada pula yang sudah tidak berada di lokasi asal sama sekali tetapi pengaruhnya tetap sampai ke sana.


Pada zaman akhir, peribadi2 itu dan kerajaan2 mereka bekerjasama dan bergabung di bawah satu kekuasaan yang dinamakan "tangan2" sejagat oleh orang2 dahulu kala. Mereka melakukannya walaupun anatara mereka sendiri secara halusnya saling berebut kepentingan dan saling curiga. Hal ini menjadi mudah kerana kini jarak antara telinga, mulut, mata, tangan dan lain2 menjadi "dekat" dengan majunya sistem perhubungan (telekomunikasi) dan pengangkutan.


Cubalah bayangkan apabila Namrud bergabung dengan Fir'aun bergabung dengan Abu Jahal dan lain-lain... maka itulah antara faktor mengapa fitnah pada zaman akhir ini adalah yang paling dahsyat dalam sejarah umat manusia. Wallahua'lam.


26/1/22

No comments: