Saturday, January 8, 2022

Banjir Besar kerana Saf di Masjid Renggang?

 

Persoalan yang datang : Benarkah banjir besar berlaku kerana disebabkan saf di masjid renggang? Mohon dengar ulasan ustaz pulak.


Jawapan sahaya :

1. Dari sudut pandangan saya (kerana yang diminta ialah ulasan saya, bukan ulasan orang lain. Ulasan orang lain, bolehlah didapatkan di tempat2 lain) yang serba lemah ini, banjir berlaku disebabkan BANYAK SEBAB.


2. Jika ANTARA SEBAB2 itu TERMASUKLAH kerana saf2 di masjid renggang (lebih2 lagi jika di tempat2 lain yang lebih berisiko daripada masjid tetapi boleh pula rapat2. Hal ini sedemikian kerana pernah berlaku pada zaman dahulu tentera Islam tidak menang2 dalam peperangan, ramai yag cedera dan ada yang terbunuh, tetapi menang kemudiannya setelah dipercantikkan saf2 dalam solat), hal itu TIDAKLAH MUSTAHIL. Dan tidak mustahil juga banjir tersebut TIDAK BERKAIT PUN dengan saf2 di masjid renggang. Saya tak ada pengetahuan tentang hal itu.


3. Dari sudut kehendak Allah pula, Dia boleh sahaja mendatangkan banjir itu walau tanpa sebarang sebab daripada perbuatan hamba2-Nya, boleh juga walau kerana SATU sebab daripada perbuatan hamba2-Nya, dan boleh juga kerana PELBAGAI SEBAB daripada perbuatan hamba2-Nya. Kita tak ada pengetahuan tentang sebab-musabab yang sebenar di sisi Allah itu.


Begitulah ulasan saya. Wallahua'lam.


31/12/21

No comments: