Sunday, January 30, 2022

Jangan Sesekali Benarkah Mereka Pecah-belahkan Kita

 

Ajaib sunguh kuasa Tuhan...orang2 yang beberapa bulan lalu yang unfriend kita secara senyap2 (kita tahu, tapi buat2 seakan tidak mengetahui... kerana kita tetap sayang akan ummah sebagaimana biasa juga, tak ada terasa pun, dan mereka pun sedia tahu hati kita bagaimana sebelum2 itu), dalam minggu ini sudah ada beberapa orang yang request friend semula.


Kita yakin, dulu mereka tidak sehaluan dengan kita kerana ketika itu mereka tidak tahu dan belum tahu. Kita sendiri pun akan begitu juga jika kita tidak tahu. Dengan izin Allah juga, mungkin akhir2 ini mereka sudah dapat tahu, atau sudah mula tahu, atau hendak tahu. Maka kita terima dan layan sebagaimana biasa juga, seperti sebelum2 ini. Insya-Allah hati kita tidak berubah pun.


Orang hendak buatkan kita berpecah-belah, petuanya mudah sahaja - jangan kita benarkan sama sekali mereka berjaya pecah-belahkan kita.


20/1/22

No comments: