Sunday, January 17, 2021

Mustahilkah Nabi Khidhir Masih Hidup?

SIAPAKAH KHIDHIR? Malaikat? Wali? Nabi? Rasul? Jin?

KHIDHIR MASIH HIDUP ATAU SUDAH MATI?

Siapa lebih utama antara Nabi Musa dan Khidir?

(Dibentangkan pro kontra dalam hal ini dan sandaran2nya)


Bertalu-talu pertanyaan datang dalam 2-3 hari ini. Banyak yang sebut nama Kamilin Jamilin. Saya tidak tahu siapa orangnya cuma memang pernah terbaca nama ini di internet. Tadi baru ada Google. Dapatlah tahu sikit-sikit tentangnya. Jadi, tak kisahlah siapa yang berkait dengan isu ini, kerana belasan tahun yang lalu saya pernah menjawab pelbagai persoalan dalam hal ini dalam salah satu kuliah saya. Kita imbas sahajalah, tak perlu bentangkan jawapan terkini rasanya (melainkan jika saya ada kelapangan nanti). Saya ada kesibukan lain buat masa ini.


Antara yang menarik :

i) Sekiranya Nabi Khidhir hidup pada zaman Nabi Nuh, tentulah dia ada atas bahtera Nabi Nuh. Jawapannya...


ii) Sekiranya Nabi Khidhir hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW, tentulah dia akan berjuang bersama-sama dengan baginda. Jawapannya...


iii) Hadis Nabi SAW kata dalam tempoh 100 tahun semua yang hidup ketika itu akan mati (termasuklah Nabi Khidhir sekiranya dia hidup ketika itu). Jawapannya...


iv) Kata Nabi, jika Nabi Musa hidup ketika itu tentu Nabi Musa (termausklah Nabi Khidhir) akan berjuang bersama-sama Nabi Muhammad SAW. Jawapannya...


v) Al-Quran mengatakan tidak ada seorang pun yang hidup sebelum zaman Nabi Muhammad yang hidup kekal. Jawapannya...


vi) Dalam Perang Badar, Nabi kata sekiranya tentera Badar dibinasakan, tidak adalah lagi orang2 yang menyembah Allah di muka bumi. Maksudnya Nbai Khidhir tidak hidup ketika itu. Jawapannya..


vii) Dikatakan ahli2 hadith tidak percaya Nabi Khidhir masih hidup. Jawapannya...


*Berikut adalah rakaman (audio sahaja) kuliah pendek sahaya dalam hal ini yang dipecahkan kepada 4 fail.

*Kuliah ini berlangsung belasan tahun yang lalu. Tentulah kandungannya tidaklah sebaik hari ini.


Khidhir - Masih Hidup ataupun Sudah Wafat? 1/4

https://www.youtube.com/watch?v=ZG4wkjEWRjU


Khidhir - Masih Hidup ataupun Sudah Wafat? 2/4

https://www.youtube.com/watch?v=x-oRvOUgp3k


Khidhir - Masih Hidup ataupun Sudah Wafat? 3/4

https://www.youtube.com/watch?v=0gjoVsI7mCU


Khidhir - Masih Hidup ataupun Sudah Wafat? 4/4

https://www.youtube.com/watch?v=9Qnp6GQwoAs


Semoga bermanfaat.



Abu Zulfiqar Al-Amsyari

17 Januari 2021


 

No comments: