Tuesday, January 12, 2021

Buku2 Cetakan Kali Kedua Sudah Ada


 

Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti, akhirnya pihak Khazanah memaklumkan bahawa CETAKAN KALI KEDUA buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah siri 1 (Pengenalan) yang dikenali juga sebagai Buku Cahaya Biru sudah pun berada di tangan mereka. Ertinya stok untuk ketiga-tiga buah buku sudah kembali ada. Syukur. Kehendak Allah belaka.


Sebenarnya Team Khazanah membantu menguruskan karya-karya sahaya secara sambilan sahaja. Walaupun secara sambilan, tetapi jika tanpa pengurusan mereka, mungkin tak adalah sahaya menulis buku-buku dan tak sampailah buku-buku ini ke tangan tuan-tuan, kerana dari segi adatnya sahaya tak akan punya masa untuk melakukan hal itu semua. Dengan bantuan mereka, bolehlah sahaya tumpukan kepada penulisan.


Memang banyak kerja. Berurusan dengan pihak percetakan, buat promosi di internet, berurusan dengan para pembeli, pembungkusan, pengurusan dokumen-dokumen, akaun, urusan pos... sangat sukar untuk sahaya lakukan jika bersendirian. Update dakwah di media-media sosial pun guna bantuan mereka juga. Semoga istiqamahlah hendaknya.


Tuan-tuan yang berminat dengan karya-karya sahaya bolehlah berurusan dengan team Khazanah sebagaimana di bawah.





1. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 1 (Pengenalan) – “Buku Cahaya Biru”

RM35 (SM) RM40 (SS)


2. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Lanjutan) – “Buku Cahaya Hijau”
RM35 (SM) RM40 (SS)


3. Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya

(Petikan, Ringkasan & Rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali)
RM45 (SM) RM52 (SS)


*Semua buku adalah karangan Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari
*Harga termasuk pengurusan pos


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, hubungi kami team Khazanah melalui WhatsApp www.wasap.my/601116824293


Facebook Khazanah :
https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461


No comments: