Pada 16 September 2020, sahaya menulis di Facebook (page Abu Zulfiqar Al-Amsyari) tentang sahaya mendapat 3 mimpi berturut-turut pada malam sebelumnya, sebagaimana berikut :
Sebelum ini apabila bermimpi akan orang2 soleh atau tokoh2, mimpi itu akan berlaku sekali sahaja pada satu2 malam. Tapi pada malam semalam, sahaya bermimpi bersama-sama dengan seorang tokoh sebanyak tiga kali, iaitu Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang Dipertuan Agong).
Mula2 mimpi kali pertama (tak berapa ingat isi kandungannya). Kemudian terjaga. Tidur semula.
Mimpi lagi, kali kedua. Kami berbual2 mesra dalam sebuah kereta. Baginda banyak berbicara, seolah2 beri nasihat dan panduan. Saya lebih banyak mendengar daripada bersuara. Terjaga, lalu tidur semula.
Lepas itu mimpi lagi bersama2 baginda. Tak banyak ingat isi (mimpi) kali ketiga ini. Terjaga pula buat kali ketiga.
Saya pun dok berfikir sekejap… keanehan…lalu kemudiannya lelapkan mata kembali.
Tammat
Perkongsian itu pun dapatlah beberapa komen yang biasa-biasa. Maka berlalulah beberapa hari.
Tiba-tiba pada 23 September 2020, ramai pula yang hendak tahu akan isi kandungan mimpi2 tersebut. Mengapa ya? Kerana pada hari itu seorang ahli politik iaitu Anwar Ibrahim secara mengejut telah mengumumkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu iaitu Muhyiddin Yassin telah tumbang. Hal ini adalah kerana Anwar Ibrahim mendakwa berlaku perubahan majoriti yang bukan sedikit (sokongan ahli-ahli parlimen) daripada Muhyiddin Yassin kepada dirinya. Oleh itu dia bakal menghadap YDPA (Yang Dipertuan Agong) untuk tindakan selanjutnya. Dan pada masa itu pula YDPA kurang sihat dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Screenshot tulisan saya itu adalah sebagaimana gambar di bawah :
Ustaz… saya mengetahui adanya hijab mata dari dalam mimpi juga. (Pernah bermimpi) Ada (seorang) lelaki soleh berserban (dan ber)jubah putih tanya saya, “Nak tengok azab kubur (dan seterusnya) tak?” Saya kata, “Boleh ka?” Dia kata boleh, (dan) dia akan buka hijab mata. “Lihatlah!”
Allah… saya dapat lihat azab yang berbagai2… (antaranya) air panas yang dituang dari atas kepala sampai terkeluar bji mata…banyak juga (yang) saya pelajari dalam mimpi (itu) sampailah akhir sekali - dia suruh saya bertasawuf.
Pelik kan ustaz? Azab2 yang saya nampak (itu) saya cari dalam Al-Quran. Sama (seperti yang) diterangkan. Alhamdulillah.
Saya (pun) mencari ustaz2 yang ajar tasawuf, sampailah saya terjumpa (dan) dengar kuliah ustaz daripada seorang hamba Allah, tapi saya (tak) kenal rupa ustaz. Saya mohon pada Allah nak tengok rupa ustaz. Akhirnya saya dapat kenal ustaz. Alhamdulillah. Keajaiban pada saya.
No comments:
Post a Comment