Thursday, October 29, 2020

Akhlak dan Sujud

 

Al-khalqu = (kebagusan) diri yang zahir (anggota badan/fizikal).
Al-khuluqu – (kebagusan) diri yang batin (qalbu/hati).

Menurut Imam Al-Ghazali, apabila dikatakan seseorang itu bagus al-khalqu dan bagus al-khuluqu, maksudnya orang itu bagus bentuk ZAHIRNYA (angotanya) dan bagus juga bentuk BATINNYA (hatinya).

Qalbu (ruh – tempat asal lahirnya akhlak) kita ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT kerana Dia menyandarkan urusan qalbu itu kepada DiriNya sendiri, sebagaimana firman-Nya :
“Sesungguhnya Aku menjadikan manusia (DIRI ZAHIR ,anggota badan) daripada tanah. Dan ketika ia telah Kubentuk dengan sempurna dan telah Kutiupkan kepadanya ruh-Ku, hendaklah kamu (para malaikat) SUJUD kepadanya.” (Sad : 71-72)

ZAHIR kita datang daripada tanah.
Tetapi BATIN KITA (ruh, qalbu, jiwa) kita datang daripada Dia.

* (Lanjutan daripada peristiwa di atas) Dan apabila kita manusia kemudiannya diperintahkan untuk SUJUD dalam solat, mestilah dengan kedua-dua aspek sekali iaitu aspek DIRI ZAHIR dan aspek DIRI BATIN, sebagaimana KEDUA-DUANYA DISEKALIKAN DALAM AYAT-AYAT tadi. Tidak cukup rukuk dan sujud dengan diri batin (hati) sahaja.



No comments: