Jawapan saya tentang persoalan yang diajukan iaitu PANDANG KE MANA PUN "NAMPAK" TUHAN ada mendapat komen daripada seorang hamba Allah. Dalam pencerahan2 yang dibuat di bawah, ada pelajaran2 kesufian terutamanya yang berkait dengan istilah2 yang digunakan oleh ahli2 sufi. Semoga bermanfaat.
Berikut adalah tulisan awal saya tentang penjelasan saya terhadap persoalan tersebut :
(Tajuknya....)
PANDANG KE MANA PUN "NAMPAK" TUHAN
Persoalan (*yang dikemukakan kepada saya) : “Tentang kata-kata orang bahawa “Kita pandang ke mana pun kita “nampak” Tuhan.”
(*Jelas bahawa persoalan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan di akhirat).
Penjelasan saya : Ya, ini pelajaran dan pengamalan dalam hal hakikat. Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.
(*Pencerahan : Apabila disebut PELAJARAN dan PENGAMALAN, maka jelas lagilah bahawa tulisan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan isu di akhirat. Kita BELAJAR dan BERAMAL ringkasnya di dunialah, bukannya belajar dan beramal di akhirat. Di akhirat itu Hari Pembalasan.
Jangan dilupa juga di situ ada tertulis HAL HAKIKAT).
Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah di mana-mana pun pandangan mata kepala atau pandangan mata hatinya (mata qalbu) mengarah.
(*Pencerahan : Tetap berkisar tentang isu di dunia, bukan di akhirat. Yang disentuh hanya tentang “terpandang” (dalam koma) SIFAT dan AF’AL Allah sahaja. Tidak disentuh tentang ZAT Allah. ZAT Allah tidak dapat dinampak di dunia, sebab itulah langsung tidak disentuh dalam karangan saya itu.)
(*Pencerahan : Jangan dilupa juga kalimah HAL HAKIKAT di atas tadi. Ertinya, yang dimaksudkan di sini adalah “terpandang” dari SEGI HAKIKATNYA akan SIFAT dan AF’AL Allah. Dari segi HAKIKATNYA, bukan dari segi yang lain-lain.
Contoh : Kita nampak (dengan mata kepala) yang kawan kita melempar batu ke arah musuh. Namun kita juga “NAMPAK” (bukan dengan mata kepala) bahawa PADA HAKIKATNYA itu adalah pekerjaan Allah, af’al Allah PADA HAKIKATNYA).
(*Pencerahan : Ketika ahli2 sufi sedang berbicara tentang hal ehwal kesufian :
1. Apabila mereka sebut “NAMPAK”, hal itu tidak melibatkan nampak dengan mata di kepala. Biji mata tidak terlibat dengan “nampak” yang dimaksudkan.
2. Apabila mereka sebut “NAMPAK” Tuhan, hal itu tidak bermaksud nampak akan Zat Allah. Zat Allah tidak terlibat dengan “nampak” Tuhan yang dimaksudkan.
Jangan disamakan bahasa dan istilah2 dunia sufi dengan bahasa dan istilah2 kaum lain)
Kebanyakan orang Islam tidak sampai ke peringkat ini. Dan jika mahu dibawa ke peringkat ini, mestilah dengan jalan berhikmah lagi lemah-lembut, lambat-lambat dan tertib. Peringkat ini tidak boleh dikejan-kejan atau digesa-gesa kepada orang awwam untuk menguasainya. Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang dan apabila sudah tersimpang, untuk mengubati ad-diinnya kembali itu sangat sukar. Kena sangat berhati-hati kerana selalunya ketika tersimpang itu, kita tidak menyedarinya pun. (*Perenggan ini merupakan NASIHAT saya sahaja).
(*Pencerahan : Jelaslah bahawa penulisan ringkas di atas adalah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan, dan kemudiannya berisi nasihat-nasihat. Itulah sahaja matlamat penulisan itu. Semua isinya berkisar dengan hal ehwal di dunia, bukan tentang hal ehwal di akhirat)
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Oktober 2019
Blog Debunga Teratai Syurgawi
TAMAT.
.
KEMUDIAN DATANGLAH KOMEN YANG DIMAKSUDKAN :
Mustaffa Seman menulis :
Cuba kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila hendak lihat Zat Tuhan dengan mata kepala. Ikutlah ajaran Quran, jangan merapu sakan.
Tuan Tanah Kedaung. Kitab mana yang kau pakai? Di dalam Alquran, hanya boleh nampak Tuhan di akhiratlah. Apa yang kau merapu nampak kat dunia pulak?
Abu Zulfiqar menulis :
(*Terus secara tiba2 saya dinyatakan sebagai tidak mengikut ajaran Al-Quran dan merapu sakan)
Pada bahagian mana dalam tulisan (saya) di atas ada tulis ZAT? Tolong tunjukkan.
(*Pencerahan : Sememangnya tulisan itu tidak berkait dengan ZAT ALLAH. Tidak ada sebarang perkataan ZAT di sana. Macam mana teman kita ini boleh tersalah entahlah)
(*Pencerahan : Yang ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.”
Dan perkataan “MELIHAT” itu berada di dalam TANDA KOMA. Ertinya perkataan itu adalah satu ISTILAH SUFI yang tidak sama ertinya dengan perkataan yang kita gunakan sehari-hari dalam kehidupan biasa.
Ertinya lebih lanjut lagi, ‘MELIHAT” itu adalah “MENYAKSIKAN”, ‘BERSAKSI”, “NAIK SAKSI” dan seumpama dengannya.
Dan disertakan juga perkataan DARIPADA yang diletakkan DALAM KURUNGAN. Jadi, kalimah yang berbunyi “Kita “MELIHAT” semuanya (daripada) Allah.” itu tidak bermaksud kita melihat semuanya ZAT Allah.
Sememangnya tulisan itu tidak bercerita pun tentang ZAT Allah pada mana-mana bahagian.
Bukan saja-saja diletakkan KOMA dan TANDA KURUNGAN tersebut.)
(*Pencerahan : Tiada perkataan ZAT, yang ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah”.
Yang ada hanyalah perkataan SIFAT dan AF’AL ALLAH sahaja.
Sangat penting untuk diperhatikan juga di situ bahawa perkataan ‘TERPANDANG” itu diletakkan di dalam TANDA KOMA. Maka, itu adalah ISTILAH SUFI yang tidak sama maksudnya dengan kata-kata yang biasa kita gunakan seharian)
(*Pencerahan : Dalam komennya, sahabat kita ini mengaitkan : “Cuba kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila HENDAK LIHAT ZAT TUHAN dengan MATA KEPALA.”
Padahal tulisan saya itu berkisar tentang “MELIHAT” dengan MATA QALBU/ MATA RUH/MATA NUR, bukannya MELIHAT DENGAN BIJI MATA DI KEPALA. Jauh sangat bezanya. Lain yang kita tulis, lain pula yang difahamnya.
Tulisan saya itu juga adalah tentang “MELIHAT” (dalam tanda koma) dan bukannya MELIHAT (tanpa tanda koma). Kedua-duanya berbeza pengertian.
Hal ini berlaku kerana teman kita itu terburu-buru hendak mengkritik tanpa membaca betul-betul, tanpa mahu berusaha memaham betul-betul terlebih dahulu).
Sambung jawapan saya kepadanya : (*Saya menggunakan) Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
Mula-mula, bezakan dulu antara “nampak” (ada koma) dengan nampak (tak ada koma), kemudian baru komen. Kedua, yang nampak di akhirat itu apa dan yang “nampak” di dunia itu apa?
Belajar bezanya terlebih dahulu, kemudian baru komen. Insya-Allah sejahtera.
(*Pencerahan : Orang bercakap dalam bahasa sufi yang menggunakan istilah2 sufi, tetapi teman kita ini cuba hendak memaham dan menyampuk tulisan kita dengan pemahaman bahasa sehari-hari. Memang bertentanganlah pemahamannya.
Bukan ahli-ahli sufi sahaja ada bahasa dan istilah2 tersendiri. Banyak lagi bidang2 lain pun sama.
Hendak mencelah perbincangan ahli2 sufi tapi menggunakan bahasa ilmu kalam/usuluddin/aqidah, memanglah akan bertentangan.
Hendak mencelah muzakarah ahli2 sufi tetapi menggunakan pemahaman dan istilah2 fekah, memanglah tak akan sehaluan.
Setelah ada pemahaman tentang bahasa dan istilah2 kaum sufi, barulah sesuai untuk mencelah dalam diskusi mereka )
(*Pencerahan : Contohnya dalam bidang persilatan.
1. Perkataan PASANG tidak bermaksud membuka/mengenakan/switch on, tetapi bermaksud berada dalam keadaan bersedia.
2. Perkataan MASUK tidak bermaksud bergerak dari luar ke dalam atau menyertai, tetapi bermaksud serang.
3. Perkataan KUNCI tidak bermaksud suatu alat atau menutup, tetapi bermaksud mengekang pergerakan lawan.
4. Perkataan BUAH tidak bermaksud hasil tumbuh-tumbuhan tetapi cara kita bergerak sebagai respon terhadap sesuatu gerak laku lawan.
5. Perkataan MAKAN tidak bermaksud memasukkan sesuatu melalui mulut terus ke perut, tetapi bermaksud pukul.
Umumnya begitulah.)
(*Pencerahan : Oleh itu, apabila ahli2 sufi ketika membicarakan hal2 kesufian menyebut perkataan nampak, pandang, saksikan, lalui, alami dan sebagainya, maksud perkataan2 itu tidak sama sebagaimana yang kita guna sehari-hari.
Dalam tulisan saya itu, untuk mengelakkan orang2 seperti teman kita ini tersalah faham, kita letakkan lagi TANDA KOMA bagi istilah2 sufi “nampak”, “melihat”, dan “terpandang”.
Bagi ahli2 sufi, tanpa tanda koma itu pun mereka sudah boleh faham. Bagi orang2 seperti teman kita ini, sengaja kita letakkan/tambahkan lagi tanda KOMA dan KURUNGAN agar tidak tersalah faham.)
(*Pencerahan : Jadi, dalam tulisan itu, tidak ada mana-mana bahagian yang mengatakan kita boleh nampak Allah di dunia, atau kita boleh nampak ZAT Allah di dunia, atau kita boleh nampak Allah di dunia dengan biji mata di kepala.
Yang ada dalam tulisan itu adalah kita boleh “NAMPAK” (dalam tanda koma, dan bukan nampak ZAT Allah, dan bukan juga nampak Allah di dunia dengan biji mata di kepala) Allah di dunia iaitu yang berkaitan dengan SIFAT dan AF’ALNYA sahaja. Kan jauh larinya?
.
Mustaffa Seman menulis :
Nampak dunia itu penglihatan kat dunialah.
Nampak di akhirat, itu penglihatan kat akhiratlah.
Lihat di dunia tapi buta di akhirat bermakna penglihatan kau tak balik ke akhirat la.
Abu Zulfiqar menulis :
Salah. “Nampak” di dunia (dalam tulisan saya) itu bukan penglihatan mata kepala di dunia, sebab itu ada KOMA BERPASANGAN di sana.
Semak semula tulisan saya, ada koma ke tak ada. Bezakan yang itu terlebih dahulu. (*Sampai ke sudah teman kita itu gagal membezakan antara “nampak” dengan nampak)
“Nampak” di dunia itu tak berkait langsung dengan ZAT Allah. Tak ada perkataan ZAT dalam tulisan itu. Yang ada hanya perkataan SIFAT dan AF’AL.
Dan tertulis juga di sana : “Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang.”
Jadi, sebelum komen, fahamkan cerita terlebih dahulu, kemudian baru komen.
.
Mustaffa Seman menulis :
Yang kau nampak kat dunia itu cuma pandangan kat dunia. Akhirat mana ada sama dengan dunia?
Bila pandang dunia tu jaga2lah. Itu pandang dunia cuma ambil iktibar sahaja. Hal keadaan sifat tapi bukan sifatNya. Hal keadaan perbuatan tapi bukan perbuatanNya.
Abu Zulfiqar menulis :
(*Masa bila kita ada tulis bahawa akhirat sama dengan dunia? Pada bahagian mana dalam tulisan itu kita ada samakan pandangan akhirat dengan pandangan dunia?Tak ada langsung. Mengapa cuba dikait dengan hal2 yang tak berkait? Karangan itu bercerita tentang isu di dunia, bukan tentang isu di akhirat)
Jangan melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan terlebih dahulu.
1. Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan. (*Sampai ke sudah dia gagal menunjukkan sebarang bukti)
2. “Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.
3. Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia? Atau nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja tuan menulis. (*Sampai ke sudah gagal ditunjukkannya)
.
(*Jawapan yang kita kehendaki mudah sahaja :
1. Tunjukkan sahaja di mana perkataan Zat ada tertulis dalam karangan tersebut (memang tak akan jumpa pun).
2. Cakap sahaja “nampak” (dengan koma dalam karangan itu) dengan nampak (tanpa koma). Sama atau tidak pengertiannya? (Kedua-duanya tidak sama maqsud, tetapi teman kita sudah tersilap dari awal kerana menyamakan maqsudnya)
3. Ada ke dalam karangan itu dinyatakan tentang akhirat dan dunia sama? Paling2 kurang pun, tunjukkan jika ada bahagian yang bertulis perkataan akhirat dalam karangan itu (memang tak akan jumpa pun).
.
Mustaffa Seman menulis :
Tulah sebabnya bila tak kenal nak bilang kenal.
Merapu dan merepak je ceritanya.
Koyal dengan angan2.
Abu Zulfiqar menulis :
Macam mana nak kenal (akan Allah), ISU DALAM TULISAN ORANG PUN TUAN TERSILAP KENAL.
(*Maka terpaksalah saya ulang semula bagi kali kedua kata-kata berikut....)
Jangan melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan terlebih dahulu.
1. Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan.
2. “Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.
3. Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia. Atau nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja tuan menulis.
.
Mustaffa Seman menulis (*Masih tak menjawab persoalan pun) :
Tulisan tuan ni hendak ke mana?
Allah tu nama bagi siapa?
Penglihatan tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?
Bukankah tuan nampak dengan penglihatan?
Penglihatan tuan sekarang di mana?
Penglihatan tuan di dunia atau di akhirat?
Abu Zulfiqar menulis :
Masih tidak menjawab dan tidak mahu bertanggung jawab. Ada 3 soalan sahaja pun. Masih juga cuba lari ke sana ke mari. Jawab sahajalah 3 soalan itu, tak perlu cuba mengalih. Saya tak mudah terpengaruh dengan taktik sebegini.
(*Oleh kerana masih mengelak ke sana-sini, maka tak ada gunanyalah untuk memanjangkan diskusi lagi)
Dengan itu, saya beranggapan dialog kita tamat di sini sahaja. Koleksi yang bagus untuk diambil pengajaran. Terima kasih Tuan Mustaffa Seman. Aslkm.
PENUTUP
Setelah diberi peluang untuk menjawab tapi masih juga mengelak ke sana-sini, maka setakat itu sahajalah. Kita tidak akan melayan berpanjang-panjangan permainan sebegitu. Wallahu’alam.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
21 Oktober 2020
.
BONUS
Sebagai bonus, kita tanggaplah sedikit tulisan akhir (yang tidak menjawab soalan itu) oleh teman kita ini yang berbunyi :
1. Tulisan tuan ni hendak ke mana?
2. Allah tu nama bagi siapa?
3, Penglihatan tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?
4. Bukankah tuan nampak dengan penglihatan?
5. Penglihatan tuan sekarang di mana?
6. Penglihatan tuan di dunia atau di akhirat?
(*Pencerahan :
1. Tulisan saya itu tidak ke mana-mana sangat pun, sekadar menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu isu di dunia (bukan isu di akhirat sebagaimana yang disalahsangkanya), tentang “nampak” pada hakikatnya akan Sifat dan Af’al Allah (bukan nampak Zat Allah sebagaimana yang disalahsangkanya) dan kemudiannya sedikit nasihat agar orang berhati2 jika mahu memahami pelajaran mukasyafah ini. Itu sahaja.
Tidak ada cerita tentang akhirat, tidak ada cerita tentang “nampak” Zat Allah, tidak ada cerita tentang nampak Zat Allah dengan mata di kepala.
2. Yang ini jawab sendiri pun boleh kot.
3. Dalam karangan saya itu tidak bercerita tentang penglihatan tetapi bercerita tentang “penglihatan” (salah satu istilah kaum sufi). Jauh bezanya tu.
4. Tidak. Dalam karangan itu, saya tidak nampak dari segi hakikatnya akan Sifat dan Af’al Allah dengan penglihatan, tetapi saya “nampak” dengan “penglihatan”. Jauh berbeza tu. Nampak dengan penglihatan, memang akan nampak makhluklah. Tapi bukan nampak jenis ini yang dimaqsudkan dalam tulisan saya itu. Yang dimaksudkan dengan tulisan saya itu ialah “nampak” dengan “penglihatan”. Jauh bezanya.
5 dan 6. Penglihatan saya sekarang pada mata kepala di dunia, manakala “penglhatan” saya pula sekarang pada mata qalbu/mata ruh/mata nur yang juga di dunia. Tidak dikaitkan dengan akhirat sedikit pun, sebagaimana dalam karangan itu. Jadi jawapannya, penglihatan saya adalah di dunia, DAN “penglihatan” saya juga adalah di dunia.
Kita terjatuh, ada orang datang menolong, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah), kerana kita faham bahawa pada hakikatnya Allah yang gerakkan orang itu untuk menolong kita.
Kita tak sihat, kita makan ubat, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa yang menyembuhkan kita pada hakikatnya hanyalah Allah, bukannya ubat atau tabib.
Suatu hari tiba-tiba orang hadiahkan kita sebiji kereta baharu, kita pun tengok yang beri hadiah dan tengok kereta, tapi kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa pada hakikatnya hadiah itu datangnya daripada Allah. Dia yang gerakkan hati orang itu untuk beri kita hadiah dan Dia yang menjadikan seluruh alam ini termasuklah kereta itu.
Kita lihat burung terbang, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa pada hakikatnya si burung langsung tidak ada sebarang daya upaya untuk terbang, melainkan Allah sahaja yang berkuasa membuatkan ia terbang.
Kita hulurkan bantuan kepada orang miskin, kita tengok diri kita dan barang bantuan, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita yakin bahawa pada hakikatnya perbuatan baik kita itu datangnya daripada Allah dan barang bantuan itu adalah pemberian daripada Allah, bukan pemberian kita. Maka terhapuslah rasa berjasa dan rasa sombong kita.
Kesemua contoh “nampak” di atas adalah “nampak” di dunia, bukan di akhirat.
TAMAT
Untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang kesilapan2 padangan yang biasa berlaku terhadap TST (tasawuf, sufi, tarekat) agar kita tidak terjebak ke dalamnya tanpa disedari, bagus jika dapat membaca satu lagi pencerahan kepada seorang hamba Allah bertajuk SEMBANG2 TENTANG TAREKAT http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/10/sembang2-tentang-tarekat.html
Semoga dapat menambah pengetahuan dan pemahaman.
No comments:
Post a Comment