"Ustaz, boleh ke
jana kartun pakai avatar fb tu?"
Boleh (asalkan janaannya
tu selaras dengan penampilan yg digariskan dalam Islam - tak melambangkan agama
lain, menutup aurat dengan sempurna)
"Tapi ada orang
kata perkataan avatar tu berkait dengan agama Hindu."
Oh, ye ke? Bagus. Kita
minta jasa baik orang tu untuk tolong kempen buangkan perkataan Maha, syurga,
neraka, bidadari, guru, raja, dosa, pahala dan banyak lagi yang ada dalam
tafsir/terjemahan Quran (dan ruang2 lain dalam agama Islam), kerana semua
perkataan itu berkait rapat dengan agama2 lama benua India (India, Pakistan,
Bangladesh, Burma, Sri Lanka dan sekitarnya) khususnya agama Hindu, DAN semua
perkataan itu konsepnya tidak benar-benar sama dengan yang ada dalam agama
Islam, malahan ada yang bertentangan.
"Hehe. Ok ustaz.
Faham lenggok bahasa ustaz tu. Tq ustaz. Jelas."
(*Ini kes ada orang nak
tunjuk tahu dalam kalangan ramai2 orang yg tidak tahu, sedangkan tahunya tak
sampai pun. Kononnya, dialah antara orang terawal yang menyedari sesuatu)
(*Batu Bersurat Terengganu
sebut Allah sebagai Dewata Mulia Raya, tidak disebut Allah sebagai Allah. Nak
kena buang jugakah?)
(*Apabila bukti2
menunjukkan Kalki Avatar dalam kitab2 Hindu itu ialah Nabi Muhamamd saw, ramai
pula yang nak mengaku. Kan ke jelas "avatar" tu?)
(*sembah Hyang,
sembahyang, Gusti Allah, Sang Hyang Tunggal, Tuhan.... banyak lagi nak kena
buang ni. Aduh...)
Bersabar2lah dalam
menghukum dan menyebar. Insya-Allah sejahtera.
(***Semak juga definisi “avatar”
yang digunakan oleh Facebook itu. Betulkah sama dengan avatar agama Hindu, atau
filem makhluk2 berwarna biru Avatar, ataupun (kartun dan filem) hero botak Avatar,
atau pun lain-lain? Google je definisinya)
16 September 2020
No comments:
Post a Comment