Sedar tak sedar, pada tahun 2018 ini genaplah 20 tahun
sahaya berinternet. Pastinya tempoh 20 tahun itu nanti akan dihisab dengan
hisab yang sangat terperinci oleh pihak berkuasa akhirat.
Semoga sepanjang tempoh itu dan seterusnya untuk
masa-masa akan datang, aktiviti sahaya di internet terutamanya yang sahaya tuliskan, katakan, pamerkan, dan
sebagainya, adalah :
1.
lebih banyak yang berkait dengan Allah
berbanding yang lain-lain
2.
lebih banyak tentang agama/ad-din berbanding
hal-hal lain
3.
hanya hal-hal yang membawa manfaat
4.
hanya hal-hal yang benar.
Semoga Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
memudahkan urusan hisab kita semua di sana kelak.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
15 Julai 2018
No comments:
Post a Comment