Apa itu “bahasa dalam”?
· “Bahasa dalam” ialah bahasa yang khusus yang digunakan
sesama ahli ilmu kerohanian (tasawuf, sufi, tarekat).
· Istilah2 dan kalimah2 bahasa dalam ini tidak sama
maksudnya dengan istilah2 dan kalimah2
yang kita (orang awam) gunakan sehari-hari sekalipun bunyinya sama.
Contohnya, bahasa
sesama ahli persilatan berbanding orang awam tentang persilatan :
1.
Masuk – maksudnya
serang (bukannya bergerak dari luar ke dalam sebagaimana yang difahami oleh orang awam).
2.
Makan – maksudnya
pukul (bukannya memasukkan makanan ke dalam perut melalui mulut sebagaimana yang difahami oleh orang awam).
3.
Buah – maksudnya
cara bertindakbalas terhadap pergerakan lawan dengan cara tertentu (bukannya buah-buahan sebagaimana yang difahami oleh orang awam).
4.
Kunci – maksudnya
mengekang pergerakan lawan (bukannya kunci yang biasa kita sebut untuk menutup sesuatu).
5.
Pasang – maksudnya
bersedia (bukannya membuka sesuatu sebagaimana yang difahami oleh orang awam).
Begitu jugalah dalam perbezaan antara bahasa ahli-ahli kerohanian berbanding bahasa awam.
Salah faham atau keliru
akan bahasa dalam dan perumpamaan yang digunakan oleh ahli tasawuf, sufi dan tarekat adalah
kerana :
1.
Tidak pernah
belajar tatacara memahami dan menggunakannya (sekalipun orang itu tinggi kelulusannya
dalam pelajaran agama).
2.
Kurang berbakat
dalam seni dan kesusasteraan.
SENI BERBAHASA . Kadang-kadang, apa
yang kita cakap sebenarnya tidak betul-betul sama dengan apa yang kita
maksudkan. Contohnya :
1.
Apabila tentera
Napoleon datang menyerang sesebuah kawasan, orang mengatakan : “Napoleon sudah
datang”. Padahal Napoleon sendiri tak datang pun ke tempat itu, hanya tenteranya yang datang.
2.
Apabila tentera
Amerika menyerang Iraq, orang berkata : “Bush (Presiden AS) dah turun dah.” Padahal Presiden Bush berada di Amerika Syarikat dan tidak datang bersam-sama tenteranya menyerang Iraq.
3.
Kita mengatakan :
“Malaysia kalahkan China!” Padahal hanya dua orang yang terlibat iaitu Lim
Chong Wei dan Lin Dan.
4.
Seorang boss beri
arahan kepada salah seorang pegawainya : “Ali, tugas kamu ialah susun kerusi”.
Padahal kerusi yang hendak disusun sebanyak 3,000 kerusi. Benarkah boss Ali memerintahkan Ali seorang diri sahaja untuk menyusun kerusi2 itu ataupun sebenarnya Ali kena mengarahkan orang2nya untuk menyusun kerusi2 itu?
5.
Kita melihat
banyaknya konsert-konsert maksiat lau kita pun berkata : “Ni semua kerja
tangan-tangan Yahudi le ni!” Padahal tak ada seorang Yahudi pun yang terlibat
dalam penganjuran konsert itu. Sekiranya ada
pun, bukanlah tangan-tangannya sahaja tetapi juga otak, mata, telinga
dan lain-lain.
Semoga dengan penjelasan yang sangat ringkas ini dapat memberi sedikit gambaran tentang jalan untuk memahami maksud perkataan2 kaum kerohanian dan tentunya untuk memahami maksud sebenar ayat2 dan kalimat2 tertentu dalam Al-Quran.
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment