PERSOALAN : Jika cinta tu satu bagaimana
ingin mencinta Nabi, ibu bapadan anak-anak , dan dalam masa sama mencintai Allah?
Susah nak jawap! Macam mana nak mencintai Allah dalam masa sama mencintai Nabi
padahal cinta hanya ada satu sahaja???
JAWAPAN : Saya di sini sekadar inginkan
kongsikan sedikit maklumat ringkas (kerana hal ini agak sukar lagi panjang
untuk dijelaskan dengan perkataan atau tulisan melainkan, dan perlukan
latihan).....
Apabila seseorang guru memandang kita sudah
menguasai ilmu muamalah pada batas yang layak, guru kita itu kemudiannya akan
lebihkan tarbiyyah kita dengan ilmu dan amal mukasyafah.
Dalam amal mukasyafah itulah nanti, insya-Allah
sebelum guru kita jelaskan jawapan di atas pun, kadang-kadang murid-murid
sendiri sudah boleh mendapat jawapannya.
Seawal-awal maqam cinta Allah ialah kita
mencintai Allah, kemudian ada sukunya, kemudian ada pertengahannya, dan
seterusnya sehinggalah hujungnya maqam cinta Allah.
Sekadar perkongsian ringkas daripada sahaya.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Julai 2018
No comments:
Post a Comment